Kanser Payudara

 

Kanser Payudara

Dia rasa ada sesuatu tak kena. Ada benjolan kecil, tapi tak sakit. Jadi dia biarkan. Dalam hati dia kata mungkin hormon, mungkin sebab stres, mungkin akan hilang sendiri.
Hari-hari dia sibuk, urus rumah, kerja, anak-anak. Nak pergi klinik pun rasa tak sempat. Lagi pun, dia malu.
Nak beritahu siapa pun dia tak tahu. Dalam diam dia mula risau, tapi risau itu dia simpan. Lama-kelamaan benjolan itu makin jelas, makin terasa… tapi dia tetap diam.
Bila sakit mula datang, barulah dia beranikan diri ke hospital. Tapi waktu itu, doktor kata sudah lewat.
Ini bukan cerita luar biasa. Ini cerita yang berlaku kepada ramai wanita. Bermula dengan rasa takut. Kemudian ditambah dengan rasa malu. Akhirnya bertukar menjadi penyesalan yang tak terucap.
Dan semuanya… kerana kita fikir tak apa.
Kita fikir muda tak mungkin kena.
Kita fikir kalau tak sakit, mesti bukan apa-apa.
Kita fikir tiada sejarah keluarga bermakna kita selamat.
Kita fikir nanti-nanti boleh periksa.
Kita fikir takut tahu lebih baik dari tahu.
Tapi realitinya kanser payudara tak tunggu siapa.
Ia tak tanya bila kita bersedia. Ia tak beri tanda besar-besaran. Ia hadir perlahan, dalam senyap, dan kalau kita tak peka, ia akan mengambil lebih dari sekadar payudara ia boleh meragut nyawa, harapan dan masa depan.
Periksa. Rasa. Bertanya. Jumpa doktor.
Ambil masa 5 minit untuk diri sendiri. Kerana 5 minit itu mungkin menyelamatkan seluruh hidup kamu.

Sumber dari Public Health Malaysia 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penyebab Penyempitan Pembuluh Darah

Tanda-tanda Asid Urik Tinggi dalam Badan dan Kesannya Pada Kesihatan

15 Tips Turunkan Berat Badan