Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2025

Punca BP naik

Imej
  Sebenarnya, ada beberapa kesilapan biasa yang boleh menyebabkan bacaan tekanan darah anda terlalu tinggi semasa pemeriksaan. Ini 5 faktor paling berkesan menaikkan bacaan 1. Pundi Kencing Penuh Bila tahan kencing, tekanan darah boleh naik hingga 33 mmHg. Jadi, pastikan buang air kecil dulu sebelum diperiksa. 2. Merokok (terutama rokok pertama hari itu) Nikotin boleh naikkan tekanan darah hingga 20 mmHg elakkan merokok sebelum pemeriksaan. 3. Lengan tergantung bebas (tak disokong atas meja) Ini boleh naikkan bacaan sebanyak 5 – 20 mmHg. Sokong lengan di atas meja pada paras jantung. 4. Cuff tekanan darah terlalu kecil Bila cuff tak sesuai saiz lengan, bacaan boleh terlebih anggar 5 – 20 mmHg. Gunakan saiz yang betul. 5. Bercakap semasa pemeriksaan Nampak remeh, tapi boleh naikkan bacaan sehingga 19 mmHg. Diam sekejap, bagi alat buat kerjanya. Jangan panik dulu kalau bacaan tinggi. Mungkin cuma sebab kita tak bersedia dengan betul. Sumber dari Public Health Malaysia

Senaman berat badan

Imej
  “Dah bersenam, dah peluh, tapi kenapa berat tak gerak langsung?” Jawapannya mungkin sebab masa bersenam tu tak cukup lama. . Kurang 150 minit seminggu Maksudnya sehari buat kurang 25 minit. Hasil: Berat tak turun… atau turun sangat-sangat sikit. . Kalau nak turun 2–3 kg? Buat 150–225 minit seminggu = 30–45 minit sehari, 5 kali seminggu Contoh aktiviti: • Jalan laju keliling taman • Ikut senaman aerobik, zumba Nak hasil lebih jelas — 5 hingga 7.5 kg? 225–420 minit seminggu = 45–60 minit sehari Contoh: • Hiking santai • Berbasikal petang-petang • joging Bukan soal cepat tapi soal konsisten. Berat yang turun perlahan, lebih mudah dijaga untuk jangka panjang. Jadi… teruskan. Jangan give up lepas minggu pertama. Sumber dari Public Health Malaysia

Kesihatan Jantung

Imej
Jantung adalah organ penting yang bekerja tanpa henti untuk memastikan tubuh mendapat bekalan oksigen dan nutrisi yang mencukupi. Ia adalah pusat sistem peredaran darah, memastikan setiap bahagian tubuh menerima apa yang diperlukan untuk berfungsi dengan baik. Namun, tanpa penjagaan yang betul, kesihatan jantung boleh terjejas, membawa kepada pelbagai risiko seperti tekanan darah tinggi, kegagalan jantung, atau serangan jantung yang mengancam nyawa. Malangnya, ramai di antara kita mungkin tidak sedar bahawa pilihan harian kita, seperti apa yang kita makan, tahap aktiviti, dan cara kita menguruskan stres, memberi kesan langsung kepada kesihatan jantung. Tanda-tanda awal seperti keletihan, sesak nafas, atau rasa tidak selesa di dada sering kali diabaikan sehingga masalah menjadi lebih serius. Memahami betapa pentingnya menjaga jantung adalah langkah pertama ke arah kehidupan yang lebih sihat. Jantung yang sihat bukan sahaja memberikan tenaga untuk menjalani kehidupan harian, tetapi juga ...

Kalori

Imej
  Kalori dari minuman yang kita buat buat tak nampak, tapi lagi bahaya.. Ramai orang kira kalori dari nasi, ayam, kuah. Tapi tak ramai kira dari minuman. Contoh? - 1 gelas teh ais = 120 kalori - 1 gelas milo ais = 150–200 kalori - 1 gelas sirap bandung = 180 kalori Kalau sehari 2–3 gelas = lebih 400 kalori. Sama macam 1 pinggan nasi. Tapi… kalori ni tak kenyang pun. Tu yang jadi kalori double trouble - kombo makan berat + minum manis. Kenapa minuman manis lebih bahaya? - Tak beri rasa kenyang - Insulin naik mendadak instant → badan cepat simpan lemak - Minum sambil borak, sambil scroll → tak sedar pun dah habis Nak turunkan berat? Ini paling cepat: Potong dulu kalori dari minuman. - Gantikan dengan air kosong - Guna air limau suam tanpa gula kalau nak lepak ngeteh pun - Minum waktu makan je — bukan waktu boring Kalori dari minuman yang kita terlepas pandang… itulah yang paling cepat buat berat naik. Plus minuman manis ni nampak tak mengenyangkan, tapi dia ‘manjakan’ lapisan lemak b...

Kolesterol

Imej
  Kolesterol Kadang Kita Rasa Sihat… Tapi Dalam Diam, Kolesterol Dah Lama Menyumbat Saluran Darah. Makanan harian kita contoh sambal goreng, kari, lemak cili padi, ikan masin tu semuanya sedap, tapi tinggi lemak tepu & trans. Dan ini sebenarnya antara punca utama kolesterol makin tinggi dalam darah. Apa Jadi Bila Kolesterol Jahat (LDL) Naik? Salur darah makin sempit Aliran darah jadi perlahan Jantung terpaksa kerja lebih kuat Risiko serangan jantung atau strok meningkat tanpa amaran. Ramai lelaki tak tahu pun bacaan kolesterol mereka dah bahaya. Tahu-tahu je dah rebah, terlambat nak berubat. Jangan tunggu sampai kena dulu, baru nak mula ikhtiar.

Nasihat Kesihatan

Imej
  Nasihat Kesihatan "๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ-๐—›๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฝ... ๐—ฅ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ-๐—ฅ๐˜‚๐—ฝ๐—ฎ๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—จ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ž๐—”๐—ก๐—ฆ๐—˜๐—ฅ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐——๐—ถ๐—ฎ๐—บ!" Nampak biasa. Nampak lazat. Tapi sebenarnya perlahan-lahan merosakkan tubuh kita dari dalam. Ramai tak sedar, makanan yang kita hidangkan setiap hari, terutama untuk anak-anak dan suami, boleh jadi pencetus utama kepada pertumbuhan sel kanser. ๐—”๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐—บ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐˜†๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ถ๐—ธ๐—ผ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฏ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐˜€๐—ฒ๐—ฟ ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜‚๐—ธ: Makanan proses seperti nugget, sosej, daging salai Makanan segera (fast food) yang tinggi lemak trans Jajan & makanan ringan penuh perisa tiruan dan MSG Minuman bergas & bergula tinggi Makanan dibakar hangus (charred) yang hasilkan bahan karsinogenik Produk makanan dalam tin yang tinggi bahan pengawet . ๐—๐—ข๐—  ๐—–๐—˜๐—š๐—”๐—› ๐—ฆ๐—˜๐—•๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ง!!!

Sembelit

Imej
  ๐’๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐ข๐ญ Sembelit bukan sekadar tak lawas — ia boleh buat anak trauma nak ke tandas. Bantu mereka dengan makanan yang betul. . Makanan tinggi serat yang bantu cegah sembelit: * Betik * Bayam * Brokoli * Oat * Lobak merah * Pisang masak (elakkan yang mentah) * Ubi keledek * Buah prun / kismis * Bijirin penuh (whole grain) * Air kosong secukupnya! . Mula dari dapur — usus sihat, anak pun ceria!. ๐‚๐ž๐ ๐š๐ก ๐’๐ž๐ฆ๐›๐ž๐ฅ๐ข๐ญ ๐’๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐“๐ž๐ซ๐ฅ๐š๐ฆ๐›๐š๐ญ! Sumber dari Dr. Iman Zikri

KESAN AWAL BUAH PINGGANG BOCOR

Imej
  KESAN AWAL BUAH PINGGANG BOCOR 9/10 PESAKIT BUAH PINGGANG GAGAL KESAN AWAL BUAH PINGGANG BOCOR Sebab tu ramai yang gagal selamatkan buah pinggang kerana tak dapat kesan dan buat pencegahan. 5 TANDA ANDA DAH NAK KENA DIALISIS : Kaki mula bengkak air Kencing start kotor, berbau & berbuih Tubuh rasa makin lesu Kreatinin dah mula tinggi Kulit rasa gatal HATI-HATI! Jika masih dibiarkan, kegagalan buah pinggang akan menyebabkan salur darah menjadi semakin sempit dan efek pada salur jantung pula

Tanda-tanda Asid Urik Tinggi dalam Badan dan Kesannya Pada Kesihatan

Imej
  6 Tanda-tanda Asid Urik Tinggi dalam Badan dan Kesannya Pada Kesihatan 1.Sakit sendi (terutama pada ibu jari kaki) Tanda paling biasa. Sakit berlaku secara tiba-tiba dan boleh menjadi sangat menyakitkan. Sendi akan jadi merah, panas, dan bengkak. 2.Bengkak pada sendi Biasanya di lutut, buku lali, atau jari. Rasa seperti sendi “berisi air” atau ketat. 3.Kekakuan sendi Sukar untuk bergerak, terutama selepas bangun tidur atau duduk lama 4.Tophi (benjolan keras di bawah kulit) Berlaku bila kristal asid urik terkumpul dalam tisu lembut. Selalunya di telinga, siku, atau jari. 5.Kencing tidak lawas atau rasa terbakar semasa kencing Jika batu karang terbentuk akibat asid urik tinggi, ia boleh mengganggu saluran kencing. 6.Demam ringan dan rasa letih Keradangan dari serangan gout boleh menyebabkan badan rasa lemah dan tidak selesa. Kesan Buruk Asid Urik Tinggi (Jika Tidak Dirawat): 1.Gout kronik Serangan gout berulang dan kerosakan kekal pada sendi. 2.Batu karang (kidney stones) Kristal ...

·“Perut adalah rumah segala penyakit

Imej
  · “Perut adalah rumah segala penyakit, dan diet adalah ibu segala ubat.” Ungkapan ini bukan sekadar pepatah lama. Hari ini, sains membuktikan bahawa punca banyak penyakit bermula dari apa yang kita makan. Bila kita berlebihan gula lahirlah diabetes. Bila kita abaikan sayur dan serat sembelit, gastrik, buasir menyapa. Bila semuanya digoreng, diproses dan diawet jantung pun makin lemah. Sakit itu kadangkala bukan datang tiba-tiba. Ia dibina, suap demi suap…tangan kita yang suap, mulut yang mengunyah dan perut yang menghadam. Jagalah perutmu, kerana di situlah bermula Sumber dari Public Health Malaysia  

Ketakutan buat manusia jadi dungu.

Imej
  Ketakutan buat manusia jadi dungu. Bukan sebab mereka bodoh. Tapi sebab sistem saraf mereka sedang tutup semua pintu logik. Bila tubuh masuk mod “fight or flight” terlalu lama, bahagian otak yang guna akal mula padam. Yang hidup cuma naluri untuk “selamatkan diri sekarang juga!” Sebab tu orang yang trauma, walaupun bijak, berpelajaran tinggi, hafal 100 buku motivasi, boleh buat keputusan yang paling pelik dan merosakkan. Kenapa? Sebab waktu tu otak tak boleh fikir panjang. Yang mengawal bukan akal, tapi sistem pertahanan tubuh. Dia bukan fikir: “Ini salah atau betul?” Tapi dia fikir: “Aku nak selamat sekarang juga, walau apa pun caranya!” Itulah yang buat orang sanggup: – Tipu orang lain – Lari dari tanggungjawab – Terjerat dalam scam – Putuskan silaturrahim – Jual maruah untuk sesuap validasi Dan akhirnya… bila semua dah musnah, dia sendiri pun tak faham: “Kenapa aku buat benda tu dulu?” Jawapannya: Kerana tubuhnya tak tenang. Jiwanya tak stabil. Dia tak jahat. Tapi dia tak sela...