"JANGAN ANGGAP MENGANTUK BERLEBIHAN PERKARA BIASA.." “Doktor, Saya Selalu Mengantuk… Saya Ada Sleep Apnoea ke?” Jam di dinding menunjukkan 4:30 petang. Klinik hampir tutup. Aku baru sahaja menyimpan stetoskop ke dalam laci apabila pintu diketuk perlahan. Tok! Tok! Tok! “Doktor, boleh saya jumpa sekejap?” Seorang lelaki dalam lingkungan 40-an berdiri di hadapan pintu, wajahnya lesu, mata sedikit merah. Aku mengenalinya—Encik Faris, seorang eksekutif di syarikat besar yang pernah datang ke klinik beberapa bulan lalu kerana masalah batuk malam. Aku memandangnya dengan risau. “Encik Faris, apa masalahnya?” Dia menarik nafas panjang sebelum duduk. “Doktor… saya rasa ada sesuatu yang tak kena dengan saya. Saya selalu mengantuk, terutamanya di awal pagi, walaupun saya tidur lebih dari 8 jam. Di tempat kerja pun susah nak fokus… dan saya cepat marah tanpa sebab.” Aku mendengar dengan penuh perhatian. “Yang paling saya risau, saya selalu tertidur masa meeting, doktor. Malu betul bi...
Ulasan
Catat Ulasan