Punca BP naik

 


Sebenarnya, ada beberapa kesilapan biasa yang boleh menyebabkan bacaan tekanan darah anda terlalu tinggi semasa pemeriksaan.

Ini 5 faktor paling berkesan menaikkan bacaan
1. Pundi Kencing Penuh
Bila tahan kencing, tekanan darah boleh naik hingga 33 mmHg. Jadi, pastikan buang air kecil dulu sebelum diperiksa.
2. Merokok (terutama rokok pertama hari itu)
Nikotin boleh naikkan tekanan darah hingga 20 mmHg elakkan merokok sebelum pemeriksaan.
3. Lengan tergantung bebas (tak disokong atas meja) Ini boleh naikkan bacaan sebanyak 5 – 20 mmHg. Sokong lengan di atas meja pada paras jantung.
4. Cuff tekanan darah terlalu kecil
Bila cuff tak sesuai saiz lengan, bacaan boleh terlebih anggar 5 – 20 mmHg. Gunakan saiz yang betul.
5. Bercakap semasa pemeriksaan
Nampak remeh, tapi boleh naikkan bacaan sehingga 19 mmHg. Diam sekejap, bagi alat buat kerjanya.
Jangan panik dulu kalau bacaan tinggi. Mungkin cuma sebab kita tak bersedia dengan betul.

Sumber dari Public Health Malaysia

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penyebab Penyempitan Pembuluh Darah

Tanda-tanda Asid Urik Tinggi dalam Badan dan Kesannya Pada Kesihatan

Merawat Cancer