Ketakutan buat manusia jadi dungu.
Ketakutan buat manusia jadi dungu.
Bukan sebab mereka bodoh.
Tapi sebab sistem saraf mereka sedang tutup semua pintu logik.
Yang hidup cuma naluri untuk “selamatkan diri sekarang juga!”
Sebab tu orang yang trauma, walaupun bijak, berpelajaran tinggi, hafal 100 buku motivasi, boleh buat keputusan yang paling pelik dan merosakkan.
Kenapa?
Sebab waktu tu otak tak boleh fikir panjang.
Yang mengawal bukan akal, tapi sistem pertahanan tubuh.
Dia bukan fikir: “Ini salah atau betul?”
Tapi dia fikir: “Aku nak selamat sekarang juga, walau apa pun caranya!”
Itulah yang buat orang sanggup:
– Tipu orang lain
– Lari dari tanggungjawab
– Terjerat dalam scam
– Putuskan silaturrahim
– Jual maruah untuk sesuap validasi
Dan akhirnya… bila semua dah musnah, dia sendiri pun tak faham:
“Kenapa aku buat benda tu dulu?”
Jawapannya:
Kerana tubuhnya tak tenang. Jiwanya tak stabil.
Dia tak jahat. Tapi dia tak selamat dalam dirinya sendiri.

Bukan sekadar tambah ilmu.
Tapi tenangkan tubuh.
Biar akal boleh berfungsi. Biar jiwa boleh buat keputusan yang waras.

Bantu tubuh kenal semula rasa tenang yang dah lama hilang.
Bantu manusia jadi waras semula dengan izin Allah.
⸻
Nak bantu orang ramai pulih dari ketakutan diam-diam yang buat mereka hilang arah hidup?
Jom sebarkan.
Kerana satu tubuh yang tenang, boleh selamatkan satu keluarga. 





Sumber dari Muhammad Kamil Han
Ulasan
Catat Ulasan