~THE CANCER JOURNEY~
~THE CANCER JOURNEY~
Hujung 2024, isteri aku start sakit. Makan je muntah. Dari jarang jadi kerap. Hingga pernah isteri aku muntah dari malam sampai subuh. Tak boleh tidur. Aku yang kerja pagi sampai mengantuk pergi kerja tak tidur malam teman isteri. Pergi 2@3 klinik check makan ubat, still takde perubahan. Doctor cakap GASTRIK je, ada cakap simptom GERD, tapi still tak sihat.
Buat surat refer GH, ambil darah result normal takde ape2. Sampai berkali2 pergi GH, lastly doctor cakap refer ENDOSCOPY, tu je solution yang ada, SCOPE. Doctor cakap boleh scope, macam biasa hospital kerajaan, waiting list sampai 1 bulan lebih.
Aku yang tengok isteri aku time tu, memang tak mungkin boleh tunggu sampai sebulan dengan keadaan dia macam tu.
Aku call Private Hosp buat appoinment untuk dia. Aku tak buang masa tunggu appointment GH. Masa berjalan, kalau aku lambat bertindak mungkin akan menyesal seumur hidup. Aku balik kerja, aku bawa wife pergi private hospital. On the spot wife aku kene tahan di Emergency. WHY??? Sebab keadaan dia dah teruk. Result darah - Acid tinggi & body dah hydrated. Time tu juga hospital masukkan air. Dari pukul 8- 1pagi, 9 botol air dah masuk dalam badan wife aku. Gila!!!
Aku tak boleh fikir kenapa GH cakap wife aku normal takde pape..Menjelang subuh total hampir 14 botol air dah masuk dalam tubuh wife aku.Tak boleh imagine keadaan dia time tu. Nurse suruh aku balik dulu tunggu kat rumah sbb time tu aku bawa anak bongsu aku yg umur baru 2 tahun. Korang bole imagine masa tu anak sulung(7) & anak kedua (5), aku tinggalkan sendirian kat rumah. Takde orang nak jaga time tu. No choice. Sandar doa & harapan pada Allah..
Sampai rumah anak2 tanya "mana Ibu?". Aku jawab Ibu kene warded. Tak boleh balik rumah sbb Ibu lemah. Anak2 terpaksa redha. Esok jumaat, aku kerja. Tapi wife aku dah pesan, tengah hari datang tengok & teman dia. Sebab doc dah set appointment dia di ENDOSCOPY. Anak2 aku suruh ponteng sekolah sbb minggu tu dah last week sblm cuti sekolah. Aku takde masa nak hantar diorg ke sekolah sbb nak urus wife kat hospital.
Tengahari aku sampai, terus teman wife ke SOPD. Setengah jam tunggu kat luar bilik, lastly wife aku keluar bilik SOPD dengan tiub 16 inci kat hidung. Panjang tiub 60 cm dari hidung terus ke usus kecil. Time tu, hati bercampur baur. Takde kata2 yang boleh explain perasaan aku tengok keadaan dia time tu. Aku nampak mata dia berair. Comfirm sakit. Luluh hati tengok tapi berat lagi bahu yang memikul.
Doc cakap Ade ketumbuhan dalam salur makan(esofagus) wife aku. Doc arrange CT Scan untuk tengok keseluruhan & ambil sample untuk Lab Test. Tunggu result, hopefully takde ape yg serious. Doc cakap based on Scope, probility tinggi kanser. Tapi apepon kene tunggu result sampling. Sepanjang 10 hari warded di Private Hosp, aku tak cuti kerja. Cuma balik urus makan minum anak2. Tengahari & petang Lawat wife aku kat ward. Bagi kata2 semangat & doa untuk dia.
Kat rumah, of course yang bongsu meragam. Anak2 aku tak pernah pisah@ berjauhan dari Ibu ayah sebelum ni. Semua membesar melekat tepi ketiak. So bila jadi keadaan macam ni, of course macam tsunami semua. Hari2 tanya bila Ibu nak balik. Jawapan aku simple," Doa Ibu cepat balik"..
Hari ke-10 warded, aku dapat result sampling. And YES, it's CANCER. Ketumbuhan di saluran makan @ nama scientific GASTRIC ESOPHAGUS (GOJ).
Aku yang dengar doc cakap pon rasa luluh hati berat nak terima. Apatah lagi tuan badan yang menanggung. Masa tu memang wife aku kene puasa terus, hanya bergantung susu yg dimasukan melalui tiub kat hidung. Tak boleh makan sbb nak elakkan dari risiko yang lain. Lapar?? Of course, dari makan terus tak makan. Perut merintih minta makanan tapi keadaan tak mengizinkan.
Aku request untuk tukar hospital. Nak transfer ke GH. WHY??? Kos tinggi di Private. Aku takde duit banyak. Alasan utama aku di private nak cepatkan prosuder yg perlu tunggu lama di GH. Doc tak bagi tapi aku berkeras dgn alasan GH dekat dengan office aku. So senang nak urus wife & anak2.
10 hari di private dah cecah Rm4000. Nasib ada duit savings sikit + pinjam dengan kakak aku.
Hari ke-11, wife aku dah transfer ke GH. Bersyukur sebab dapat pindah. Tarikh nafas lega. Poket kering, doa2 gaji cepat masuk. Sepanjang tempoh di private, baru sekali anak2 dapat berjumpa depan2. Selebihnya VC..Mujur ada teknologi canggih dah sekarang. Kalau tak, tak tahu berapa lama anak2 perlu tunggu Ibu balik. Sepanjang di GH total warded 16 hari..total warded sekali private 26 hari..Dekat sebulan..
Sepanjang di GH, anak2 langsung tak leh jumpa. Prosuder hospital mmg dah macam tu. Tapi lebih malang lagi, nasib wife aku macam "kera dihutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan". Bukan pasal service, tapi di GH takde peralatan untuk bantu wife feeding. Terpaksa pinjam wad lain. Dah dapat mesin pulak rosak. Malang tak berbau...
16 hari tiada apa2 treatment..just CT Scan je..Selebihnya doc check..Dan paling menghampakan, last minit doc cakap takde pakar di GH, perlu transfer ke Institute Kanser Negara (IKN). Hati berceramuk..Nak marah pon ada, nak sedih pon ada..sebab time tu aku dah mula fikir siapa nak jaga dia kalau ke IKN...tapi takpelah, Allah ada..positifkan diri je..
Aku minta izin doc bawa balik wife 2@3 hari sebelum pergi ke IKN..kesian anak2 sebab dah lama tak jumpa Ibu diorg..Ya, memang mereka menangis bila dapat jumpa Ibu..peluk erat sepuas-puasnya. Mak aku yg ada masa tu, pon tak dapat tahan air mata..Menyorok menangis dalam tandas. Sbb tak nak bagi cucu2 tengok..Aku menahan air mata..buat2 kuat kononnya..Padahal malam2 aku menangis selepas anak tidur..Ujian buat aku sekeluarga tapi aku yakin dengan janji Allah.."Aku tidak membebani hambaku dengan sesuatu yang dia tidak mampu"..Yakin saja...
First day di IKN, teruja dengan hospital baru. Sistem & prosuder semua tersusun. Harini appoinment, harini juga buat prosuder. Tunggu giliran jumpa doc untuk check result CT Scan. Doa moga2 ada berita baik buat isteri. Tapi Allah Maha Mengetahui, doc explain kanser tu tumbuh di dinding2 dalam perut(macam jerawat). Allah...berkecai hati dengar ayat doc tapi yang menanggung, dia saja yg tahu..Air mata jatuh dipipi seperti tak leh kawal lagi..Ya, emosi dah drop.Rasa seperti roh dah terkeluar dari jasad. Otak tiba2 kosong, tak tahu nak fikir apa..Doc suruh tukar tiub baru sbb nak scope tengok keadaan dalam salur makan..Kami berjalan menuju ke lift..
Tiba2 aku sedar wife aku hilang. Takde kat sebelah. Jauh dia tertinggal di belakang. Ibarat berjalan tanpa ada roh dalam badan. Ya, dia berjalan sambil memikirkan masa depan dia. Dia memikirkan anak2 masih kecil untuk ditinggalkan selamannya. Ya Allah, ape la aku nak cakap kat anak2 nanti. Masuk Endoscopy tukar tiub baru. Tiub lebih kecil dari sebelum ni..Wife aku ditidurkan sblm tukar tiub..Nampak kemas cara kerja di IKN. Hati bersyukur sangat sbb diletakkan di tempat yang baik.
Doc arrange chemoterapi 8 Kali. InsyAllah akan operate buang perut bila kanser dah kecut. Alhamdulillah syukur dengar doc cakap. Biarlah takde perut pon, asal wife aku masih ada. Bukan untuk aku saja, tapi untuk anak2 yang lebih memerlukan. Aku simpan cuti untuk teman wife operate nanti. Bincang dgn HR, HR bagi green light. Alhamdulillah rezeki dapat HR yang paham. Setiap minggu aku turun KL, jumpa wife. Anak bongsu duduk dgn dia buat peneman. Yang lain aku jaga sebab dah nak buka persekolahan baru.
Dekat 4@5 bulan aku ulang alik Kuantan-KL dengan anak2. Setiap minggu pergi Lawat wife aku. Dah mcm orang PJJ. Badan letih tak cukup rehat tapi gagahkan juga demi yg tersayang. Sampailah selepas raya puasa. Masa yang kami tunggu untuk dengar keputusan doc. Masa ni wife aku dah jalani chemo 4 cycle.Hopefully jadi operate. Buang kanser dalam perut means buang keseluruhan perut. WHY?? Takde jaminan kanser belum merebak. Jadi untuk keselamatan akan datang,buang sepenuhnya & sebahagian kecil di bahagian bawah salur makan.
Hari yang ditunggu untuk jumpa doc dah tiba, kami pergi IKN dengan salinan copy CT Scan dari hospital swasta lain. Buat kat luar, nak cepatkan proses. Ya kos tambahan kene keluar. Tapi dari lewat bertindak, lebih baik berkorban demi kelangsungan hidup. Duit boleh dicari ganti tapi tidak dengan nilai 1 nyawa. Hati berdebar tunggu respon dari doc. Moga ada sedikit peluang untuk bangkit.
Anak2 semua aku bawa masuk bilik doc. Teman sebagai penguat semangat utk Ibu diorg. Setelah doc teliti result CT Scan, doc ambil nafas panjang untuk explain. As expected, kanser dah merebak (Stage 4). Saiz ketumbuhan sangat besar & terlalu hampir dengan salur buluh darah utama. Risiko tinggi kalau nak operate buang. Boleh jadi non stop bleeding kalau operate & boleh membahayakan nyawa wife aku time operation. Doc minta maaf & bagi kata2 semangat untuk terus bangkit. And YES...cycle chemo bertambah dari 8 jadi 12 cycle semuanya.
Berjalan keluar bilik doc, aku cuba tenangkan wife aku. Bagi kata2 positif, ada hikmah Allah nak uji. Aku kuatkan semangat aku sdri. Aku cakap ke dia aku akan jaga dia sampai bila2. Start dari situ, aku bawa wife aku balik Kuantan. Aku jaga sendiri. 2 minggu sekali aku ke IKN bawa & teman dia chemo.
Selang berapa kali chemo, wife aku cakap dia nak try makan product yang bantu dia sihat. Aku yang kesiankan wife aku, aku cakap ok je. Tak banyak soal. Apa yang dia rasa terbaik untuk diri dia. Aku ikutkan. Setiap apa yang dia buat, aku support, aku follow selagi bagi aku tak bercanggah dengan hukum agama.
Wife aku beli Aulora Pants, Socks, Shiruto & Spirulina. Time tu aku pon tak tau apa product tu sebenarnya. Tapi selagi dia tak memudaratkan kesihatan, aku support. Aku pakaikan dia pants & socks. Dalam keadaan dia tengah chemo, badan lemah & kurus (dari 56kg tinggal 33kg), susah dia nak buat sorang2. Setiap hari aku cara semua urusan dia sampai bantu dia feeding. Kadang2 sampai pukul 2@3 pagi baru selesai. Hadap selagi boleh..
Hampir 2 bulan wife aku consume Shiruto & Aulora Pants, aku perasan perubahan pada wife aku. Paling ketara, rambut & kening dia dah tumbuh padahal chemo ada 3 cycle lagi. Dia dah tak pucat. Dia tak bloated, cirit birit & muntah (effect chemo) seperti sebelum ni. Dia jadi bertenaga & kurang terbaring. WHY??? Sebab dose chemo dia 3368mg.
Korang boleh imagine dose tinggi macam tu. Even pain killer yang dose tak sampai 100mg pon boleh hilang rasa sakit. Inikan pula dose ubat 3000++mg. Menggigil tubuh bila ubat ni masuk dalam badan. Bertapa kuatnya ubat ni nak lawan sel kanser sampai wife aku menahan rasa nak terkencing.
One day, dia cakap kat aku dia nak jadi fighter cancer yang berjaya bantu orang lain kat luar. Berkongsi kesedaran & matlamat untuk ubah kehidupan bersama. Dia ajak aku keluar teman dia jumpa orang yang kenalkan dia dengan Shiruto & Aulora Pants. Dari berhubung di TikTok, hingga jumpa bersua muka. Aku ikutkan je. Asal jangan ajak aku merompak..Hahahahaha...Gurau je..
Dari pertemuan tu, aku kenal insan2 yang pernah berjuang pulih kesihatan keluarga mereka sendiri. Asbab kerana diuji dengan sakit, mereka bangkit berkongsi peluang & ruang untuk berjuang bersama. Ya mereka adalah Amirah Razak & Armie Salmizie Arshad . Insan yang bantu wife aku dari mula sampai wife aku pandai beli sendiri.
Sepanjang pertemuan kali pertama tu, diorang ceritakan kat aku tentang BE. Aku buka telinga untuk mendengar, buka hati untuk menerima setiap penjelasan. Diorg bimbing & ajar wife aku tentang sistem. Aku ingat lagi pesanan aku kat wife masa tu " first niat kita nak sihat, insyaAllah kemudian kita akan berkongsi".
Sepanjang tempoh masa tu, wife aku ambil masa belajar dengan upline dia, aku masih teruskan urus anak2 ke sekolah, cara rumah & kain baju. Dia nak kemana, aku hantarkan. Cari masa permudahkan urusan dia. Sebab aku tahu, bila seseorang bangkit dari kejatuhan dalam hidup dia, itulah kebangkitan yang terbaik. Aku jaga anak2 kalau dia ada Zoom Meting or ape2 yang berkait dengan urusan dia. No problem. Aku tak kesah sbb dah biasa.
Harini, aku bangga dengan diri dia. Bangga dia berjuang demi kesihatan dia. Bangkit lawan kanser Stage 4. Bangkit ubah hidup aku, dia & anak2. Dia bukan sahaja Cancer Fighter dalam hidup dia, dia juga BE fighter diluar sana. Walaupon tiub masih ada di hidung, dia tetap berjuang bangkit ubah nasib dia. Ya..memang aku bangga. Aku tak pernah terfikir sampai tahap ni. Ya...dia dah Ambassador.
Perjalanan masih jauh, aku doakan semoga dia terus kuat & semangat. Aku doakan juga moga ada sinar pelangi selepas hujan buat dia melawan kanser. Aku tetap akan berada dibelakang dia memberi semangat, masa & apa jua dia perlukan. Moga kisah dia menjadi inspirasi buat semua diluar sana. Jangan mudah putus asa. Bak kata pepatah " dimana ada kemahuan, disitu ada jalan".
Sekali lagi, Tahniah isteriku Wan Zaliha Hj Shaari


Ulasan
Catat Ulasan