Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2025

Lutut

Imej
  Kita tak sedar bila tubuh mula melawan kita balik. Dulu tangga tiga tingkat pun boleh naik tanpa berhenti. Sekarang dua tingkat pun lutut dah mula bergetar halus. Kadang waktu bangun dari kerusi, terdengar bunyi kecil yang cuma kita sendiri dengar. Kita gosok, sapu minyak, teruskan seperti biasa. Masih boleh berjalan, jadi kita anggap tiada apa. Tapi setiap kali rasa ngilu itu datang semula, sebenarnya sendi sedang haus sedikit demi sedikit. Osteoarthritis lutut jarang datang tiba-tiba. Ia bermula perlahan, tanpa bunyi yang jelas. Rawan di dalam sendi menipis, tulang bergesel, dan setiap langkah mula terasa berat. Sakit bila cuaca sejuk. Sukar berdiri lama. Rasa mencucuk bila nak sujud atau duduk bersila. Kita fikir itu perkara kecil, padahal itu cara tubuh meminta perhatian. Usia 30-an bukan terlalu muda untuk mula terasa. Berat badan yang meningkat, kerja yang banyak berdiri, atau kecederaan lama yang tidak pernah sembuh betul-betul, semuanya menguji lutut yang setia membawa ki...

Kenali STROK.

Imej
  Kenali STROK. Ramai yang tidak tahu tentang mini stroke, sedangkan sebelum stroke terjadi, tubuh telah memberikan isyarat berupa mini stroke. Tahukah anda bagaimana #STROK boleh terjadi ? Strok terjadi apabila bekalan darah ke otak terganggu atau berkurangan sehingga menyebabkan sel-sel otak mati. Rawatan segera perlu diberikan kerana kejadian strok boleh meningkatkan risiko untuk lumpuh atau kurang upaya seumur hidup. Sama ada disebabkan oleh sumbatan (Iskemia) atau kebocoran (Pendarahan), tindakan pantas adalah kunci untuk meminimumkan kerosakan otak. Ambil tahu dan bertindak pantas. Kongsi info ini untuk meningkatkan kesedaran!

𝗦𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 (𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙩𝙩𝙖𝙘𝙠

Imej
  𝗦𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 (𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙩𝙩𝙖𝙘𝙠) 𝗱𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 (𝙘𝙖𝙧𝙙𝙞𝙖𝙘 𝙖𝙧𝙧𝙚𝙨𝙩) 𝗮𝗱𝗮𝗹𝗮𝗵 𝗱𝘂𝗮 𝗸𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗯𝗲𝗿𝗯𝗲𝘇𝗮. 𝗦𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 (𝙝𝙚𝙖𝙧𝙩 𝙖𝙩𝙩𝙖𝙘𝙠) 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗮𝗽𝗮𝗯𝗶𝗹𝗮 𝘁𝗲𝗿𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻 𝗮𝗹𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗱𝗮 𝗿𝗮𝗵 𝗸𝗲 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴, 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗮𝗹𝗮𝗺𝗶 𝗴𝗲𝗷𝗮𝗹𝗮 𝘀𝗲𝗽𝗲𝗿𝘁𝗶 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗮𝗱𝗮, 𝘀𝗲𝘀𝗮𝗸 𝗻𝗮𝗳𝗮𝘀 𝗮𝘁𝗮𝘂 𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗱𝗶 𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗻𝗴𝗸𝘂𝗸. 𝗞𝗲𝗮𝗱𝗮𝗮𝗻 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 (𝙘𝙖𝙧𝙙𝙞𝙖𝙘 𝙖𝙧𝙧𝙚𝙨𝙩) 𝗯𝗲𝗿𝗹𝗮𝗸𝘂 𝗱𝗶𝘀𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝗴𝗮𝗻𝗴𝗴𝘂𝗮𝗻 𝗽𝗮𝗱𝗮 𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗲𝗹𝗲𝗸𝘁𝗿𝗶𝗸 𝗷𝗮𝗻𝘁𝘂𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗯𝗮𝗯𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗲𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗿𝗲𝗯𝗮𝗵 𝘀𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝘁𝗶𝗯𝗮-𝘁𝗶𝗯𝗮 𝘁𝗮𝗻𝗽𝗮 𝘀𝗲𝗯𝗮𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘀𝗶𝗺𝗽𝘁𝗼𝗺.