Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2025

mata

Imej
  Bila kita nampak mata bengkak, merah, atau ada benjol sikit, kita terus label, “ketumbit.” Padahal mata ni bukan satu cerita je. Ada masalah yang memang nampak di luar, ada yang nampak sama tapi puncanya lain, dan ada juga yang langsung tak nampak dari depan sebab dia duduk di belakang mata, dekat saraf dan salur darah. . Ini antara masalah mata yang jelas boleh dilihat: 1) Katarak Kanta mata nampak keruh putih kelabu. Penglihatan makin kabur, mudah silau, susah memandu malam. 2) Konjunktivitis (Mata Merah) Mata merah, berair, gatal atau bergetah. Boleh berjangkit. Jangan kongsi tuala, jangan gosok mata. 3) Pterigium (Daging Tumbuh) Isi putih dari sudut mata yang makin menuju ke tengah. Selalunya berkait dengan habuk, angin, panas dan UV. 4) Ketumbit Benjol kecil bernanah di kelopak mata. Sakit bila tekan. Kerap jadi bila tangan kotor atau selalu pegang mata. 5) Tompok Merah (Salur Darah Pecah) Tompok merah terang pada putih mata. Selalunya tak sakit dan akan surut sendiri. Tapi ...

Usus

Imej
  Usus bukan sekadar laluan makanan. Ia pusat kesihatan badan. Kalau setiap hari diisi dengan fast food, makanan proses dan minuman manis 3-in-1, jangan terkejut bila badan cepat letih, perut meragam dan berat susah turun. Tukar sedikit demi sedikit. Lebihkan serat, makanan probiotik & prebiotik dan jangan lupa air kosong. Usus bersih = badan lebih sihat, fikiran lebih fokus. Pilihan di pinggan hari ini, kesannya terasa esok. Jaga usus, jaga hidup. #majalahrasa #rasashare #jagausus #ingatmakaningatrasa Sumber dari FB

KEKELIRUAN SAKIT BELAKANG

Imej
  KEKELIRUAN SAKIT BELAKANG (Bila Puncanya Bukan Otot Tetapi berpunca dari masalah Organ, Limfa dan Fasia itu sendiri). Ramai orang datang mengadu sakit belakang dan terus anggap puncanya otot, salah bantal, tersalah angkat barang atau tulang bergeser. Sebahagian memang betul. Tetapi ada juga sakit belakang yang sebenarnya datang daripada tempat lain. Kadang kadang puncanya organ dalaman. Kadang kadang puncanya limfa yang tersumbat. Kadang kadang puncanya fasia yang menarik seluruh struktur tanpa disedari. 𝐈𝐧𝐢𝐥𝐚𝐡 𝐲𝐚𝐧𝐠 𝐝𝐢𝐩𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥 𝐫𝐞𝐟𝐞𝐫𝐫𝐞𝐝 𝐩𝐚𝐢𝐧. Memahami konsep ini sangat penting supaya kita tidak tersilap menilai sakit yang mungkin sebenarnya tanda masalah lebih besar. 1. Apa Sebenarnya Maksud Referred Pain Referred pain ialah keadaan di mana seseorang rasa sakit di satu kawasan, tetapi punca sebenar datang dari tempat lain, selalunya organ dalaman. Otak menerima isyarat sakit melalui saraf. Masalahnya, saraf dari organ dan saraf dari kulit atau otot m...

𝗚𝗘𝗥𝗗, 𝗚𝗮𝘀𝘁𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 “𝗔𝗻𝗴𝗶𝗻”

Imej
  𝗚𝗘𝗥𝗗, 𝗚𝗮𝘀𝘁𝗿𝗶𝗸 𝗱𝗮𝗻 “𝗔𝗻𝗴𝗶𝗻” 𝗠𝗲𝗻𝗴𝗮𝗽𝗮 𝗜𝗮 𝗧𝗶𝗱𝗮𝗸 𝗕𝗼𝗹 𝗲𝗵 𝗗𝗶𝗿𝗮𝘄𝗮𝘁 𝗦𝗲𝗰𝗮𝗿𝗮 𝗥𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘀 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗲 𝗠𝗮𝗻𝗮 𝗔𝗿𝗮𝗵 𝗣𝗲𝘀𝗮𝗸𝗶𝘁 𝗦𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮 Ramai pesakit datang dengan keluhan yang hampir sama: • dada rasa ketat • perut cepat penuh walaupun makan sedikit • sendawa dan angin naik • rasa tidak selesa di ulu hati • jantung berdebar • kepala ringan • sukar tidur • mudah cemas Lalu mereka bertanya soalan yang sama berulang kali: “Ini gastrik ke GERD?” “Kenapa asid normal tapi simptom masih kuat?” “Kenapa dah makan ubat lama-lama, tak sembuh juga?” Soalan-soalan ini sebenarnya mendedahkan satu masalah besar, GERD dan simptom berkaitan sering difahami sebagai penyakit tunggal, sedangkan hakikatnya ia adalah gabungan beberapa sistem tubuh yang terganggu serentak. Beza GERD, Gastrik dan “Angin” Gastrik Melibatkan keradangan atau iritasi pada lapisan perut. Biasanya berkait dengan asid, jangkitan, ubat tahan sakit, atau diet tertentu...