Mikroplastik - Plastik Yang Kita Telan Sedang 'Gali Lubang' Dalam Jantung Kita."
"Bukan Sebab Santan & Kolesterol Je! Rupanya Plastik Yang Kita Telan Sedang 'Gali Lubang' Dalam Jantung Kita."
Tapi, kajian terbaru yang diterbitkan dalam jurnal Environment International baru-baru ini mendedahkan satu realiti yang sangat ngeri.
Rupa-rupanya, ada "pembunuh senyap" lain yang sedang berkeliaran dalam darah kita.
Ia bukan lemak. Ia bukan gula.
Tetapi ia adalah Mikroplastik.
Ya, plastik halus yang datang dari botol air mineral yang kita minum, bekas makanan tapau yang kita guna dan udara yang kita sedut setiap hari.
Saintis dari University of California, Riverside (UCR) telah menemui bukti kukuh bahawa mikroplastik bukan sekadar "lalu" dalam badan kita dan keluar balik ikut najis.
Sebaliknya, mikroplastik ini bertindak aktif seperti parasit.
Dalam kajian makmal ke atas tikus (yang genetiknya mirip manusia dalam bab metabolisme), saintis mendapati mikroplastik ini menceroboh masuk ke dalam sel-sel saluran darah.
Apa yang dia buat kat dalam tu?
Dia tak duduk diam. Dia mengganggu sel endothelial (lapisan dinding salur darah) dan menyebabkan keradangan.
Akibatnya, badan kita bertindak balas dengan membina plak (plaque).
Inilah yang dipanggil Atherosclerosis atau pengerasan arteri.
Dapatan kajian ini sangat mengejutkan:
Tikus jantan yang didedahkan kepada mikroplastik mengalami peningkatan plak dalam salur darah (brachiocephalic artery) sebanyak 624%!.
Baca balik nombor tu. 624 peratus!
Dan yang paling menakutkan, tikus-tikus ini TIDAK MAKAN LEMAK TINGGI.
Mereka diberi diet rendah lemak dan rendah kolesterol.
Maksudnya apa?
Maksudnya, walaupun anda kurus, walaupun anda jaga makan, walaupun anda tak sentuh santan... jika darah anda penuh dengan mikroplastik, risiko jantung tersumbat itu tetap ada.
Kajian ini membuktikan bahawa mikroplastik bertindak sebagai ejen bebas yang merosakkan jantung tanpa perlu bantuan kolesterol pun.
Ada satu lagi berita buruk buat kaum Adam. Baca sampai habis.
Satu lagi penemuan pelik dalam kajian ini ialah ia memberi kesan yang sangat ketara kepada JANTAN berbanding betina.
Tikus jantan mengalami kerosakan arteri yang teruk (plak naik 624% di arteri utama), manakala tikus betina kurang terkesan.
Saintis percaya ini mungkin ada kaitan dengan hormon, tetapi mesejnya jelas: Lelaki lebih rapuh dalam isu keracunan plastik ini.
Kenapa benda ni jadi isu besar sekarang?
Sebab mikroplastik dah ada di mana-mana. Dalam air paip, dalam garam laut, dalam ikan, malah di puncak Gunung Everest pun ada.
Kita tak boleh lari.
Setiap kali kita minum air panas dari cawan plastik atau makan nasi panas dalam polisterin, kita sebenarnya sedang menyuap "pembinaan plak" ke dalam jantung kita sendiri.
Dulu kita ingat plastik cuma bahaya untuk Penyu di laut je kan.
Rupa-rupanya, ia sedang membunuh kita perlahan-lahan dari dalam, dengan cara "menggali" masuk ke dalam nadi kehidupan kita sendiri.
MasyaAllah, sesungguhnya setiap kerosakan yang berlaku di atas muka bumi ini adalah hasil tangan manusia sendiri, seperti yang telah diperingatkan dalam Al-Quran.
Kita mencipta plastik untuk memudahkan urusan dunia, namun kerana sifat melampau dan kurangnya tanggungjawab dalam mengurus sisa, ciptaan itu kini kembali menjadi racun yang mengalir dalam tubuh kita sendiri.
Ini adalah peringatan keras agar kita kembali menyantuni alam, kerana menjaga alam itu sebenarnya adalah menjaga nyawa kita sendiri.
Sumber dari Mazlan Syafie

Ulasan
Catat Ulasan