Sistem kesihatan Malaysia

 


Sistem kesihatan Malaysia sedang berdepan risiko lumpuh . Semalam saya terbaca satu info yang sangat menyeramkan tentang industri kesihatan kita dan saya rasa semua orang wajib tahu.
Bayangkan, untuk sesi kemasukan Januari 2026 baru-baru ini, KKM telah membuka 5,000 slot penempatan untuk doktor pelatih (housemen).
Tapi cuba teka berapa ramai yang tampil melapor diri?
Hanya 529 orang.
Biar betul? Ya, tak sampai 11% pun yang isi kekosongan tu. Hampir 90% kekosongan dibiarkan kosong. Ke mana perginya ribuan graduan perubatan yang lain?
Bagi yang mungkin tak nampak kenapa angka ini sangat menakutkan, biar saya kongsikan kesannya kepada kita sebagai rakyat biasa:
1. Waktu Menunggu Akan Jadi Lama Gila
Doktor pelatih (HO) ni ibarat enjin yang menggerakkan banyak kerja di wad (ambil darah, pantau pesakit, buat laporan).
Bila enjin ni hilang 90%, kerja tu terpaksa dipikul oleh Pegawai Perubatan (MO) dan Pakar. Akibatnya? Waktu menunggu di kecemasan dan klinik pakar akan jadi berganda-ganda lebih lama.
2. Risiko Kesilapan Perubatan Tinggi
Bila doktor sedia ada terpaksa kerja syif berganda untuk cover staf yang tak cukup, mereka akan kepenatan mental dan fizikal. Doktor yang terlalu penat berisiko tinggi membuat kesilapan. Nyawa siapa yang jadi taruhan? Nyawa pesakit.
3. Krisis Pakar Perubatan Masa Depan
Nak lahirkan seorang doktor pakar (pakar bedah, kanak-kanak, bius) mereka wajib bermula dari fasa housemanship. Kalau dari peringkat akar umbi lagi dah takde orang, 5 ke 10 tahun dari sekarang, Malaysia akan ketandusan doktor pakar yang sangat kritikal.
Kenapa graduan perubatan sekarang makin tidak berminat untuk berada di dalam sistem ?
Rata-rata mengatakan mereka dah tak sanggup berdepan dengan:
🚩 Budaya kerja yang terlalu toksik & kes buli di hospital.
🚩 Jaminan kerjaya yang kabur (isu doktor kontrak).
🚩 Tawaran gaji, faedah dan persekitaran kerja dari sektor swasta atau luar negara yang jauh lebih masuk akal.
Isu ni bukan sekadar masalah KKM, tapi ini adalah masalah kita semua. Kalau sistem kesihatan awam lumpuh, rakyat marhaen yang tak mampu pergi hospital swasta nak bergantung harap pada siapa lagi?
Siapa ada maklumat berkaitan isu ini boleh cuba kongsikan pendapat anda kat bawah dan share post ni supaya lebih ramai buka mata tentang krisis yang sedang berlaku sekarang.

Sumber dari Muhammad Azmi Jamaludin 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Influenza

kanser hati

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia,