Tanah Suci berbekal dengan persediaan ilmu.

 



ANDA RINDU MEKKAH..,GET READY!!BACA TIPS INI:-
1. Ke Tanah Suci boleh jadi sia-sia jika tak berbekal dengan persediaan ilmu.
2. Selain daripada membuat persediaan ilmu mengenai ibadah Umrah, para jemaah perlu juga ambil tahu mengenai hal-hal yang dianggap remeh tapi memberikan impak yang besar jika diabaikan.
3. Antara hal remeh yang jika tak diberikan perhatian adalah seperti penggunaan kerusi roda, ubat-ubatan, tuala mandi, penggunaan kasut atau selipar dan Uncang Kasut.
4. Kerusi Roda: Jemaah yang merasakan kurang berupaya untuk berjalan jauh perlu mempertimbangkan untuk membawa kerusi roda sendiri ke Tanah Suci.
5. Kerusi roda wakaf kadangkala sukar diperolehi sewaktu berada di Mekah atau Madinah dan jika ada, kebanyakkannya sudah rosak kerana tak diselenggara dengan baik.
6. Untuk membeli kerusi roda, harganya adalah sangat mahal dan kualitinya tidak begitu baik berbanding di tanah air.
7. Oleh yang demikian, pertimbangkanlah untuk bawa sendiri kerusi roda bagi memudahkan kelancaran permusafiran sepanjang berada di Tanah Suci kelak.
7. Ubat-ubatan: Harga ubat ubatan di farmasi Mekah dan Madinah adalah jauh lebih mahal berbanding di Malaysia dan penggunaan ubat-ubatan boleh meningkat berkali ganda kerana faktor perubahan cuaca dan juga persekitaran yang berbeza.
8. Bawalah bekalan ubat ubatan untuk penyakit lazim dialami oleh jemaah seperti demam, sakit kepala, selsema, sakit tekak, batuk, minyak panas dan ubat berkaitan pernafasan.
9. Tuala Mandi: Kebanyakkan hotel yang ada di Madinah adalah bertaraf 3 bintang dan pada waktu kemuncak, kadang kala boleh berlaku kekurangan bekalan tuala mandi kerana alasan kedai dobi lambat hantar semula.
10. Jemaah dinasihatkan untuk bawa tuala ‘spare’ sebagai persediaan awal sewaktu baru tiba di Madinah pada hari pertama.
11. Tumpuan kepada ibadah akan terjejas sekiranya jemaah kehilangan mood atau terjejas emosinya berpunca dari hal-hal remeh seperti ketiadaan tuala mandi.
12. Jika berlaku situasi ketiadaan tuala, ianya hanya mungkin akan perolehinya pada hari berikutnya.
13. Penggunaan kasut atau selipar: Aktiviti utama sepanjang berada di Kota Mekah dan Madinah ialah berjalan kaki untuk berulang-alik dari hotel ke Masjid untuk solat 5 waktu sehari.
14. Walaupun kedudukan hotel contohnya cuma 50m dari pintu masjid dan 50m lagi berjalan dalam masjid, jarak perjalanan yang perlu dilalui dalam sehari akan mencecah sekurang-kurangnya 1km tidak termasuk berjalan ke tempat-tempat lain untuk ‘shopping’ dan sebagainya.
15. Seeloknya jemaah menggunakan kasut sukan atau selipar yang selesa dan sesuai untuk menjaga kesihatan kaki dan boleh bergerak dengan selesa serta mengelakkan kecederaan kaki.
16. Uncang kasut: Bawa uncang kasut untuk memudahkan anda membawa kasut ke tempat solat tanpa mengotori karpet atau lantai masjid.
17. Sekiranya membawa uncang kasut, bawalah bersama anda ke mana-mana sahaja tempat anda solat.
18. Tidak perlu meninggalkan selipar atau kasut anda di rak-rak kasut kerana dikhuatiri terlupa dan sukar untuk mendapatkan kasut atau selipar anda selepas selesai solat kerana anda akan sentiasa bergerak ke saf-saf dihadapkan sekiranya ada kekosongan.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Influenza

kanser hati

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia,