Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2026

Scoliosis Bertambah Baik Dengan Aulora Pants?

Imej
  Bolehkah Scoliosis Bertambah Baik Dengan Aulora Pants? Satu Pandangan Berasaskan Fisiologi Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, saya telah melihat banyak gambar dan testimoni pengguna Aulora Pants dengan Kodenshi yang menunjukkan perubahan pada postur badan, bahu menjadi lebih seimbang, pinggang lebih simetri dan ada yang mendakwa scoliosis mereka semakin baik. Sebagai seorang doktor, saya rasa penting untuk melihat perkara ini secara terbuka tetapi berasaskan sains. Pertama sekali, kita perlu faham bahawa scoliosis bukan semuanya sama. Ada scoliosis yang benar-benar melibatkan perubahan bentuk tulang belakang (structural scoliosis), dan ada juga yang berpunca daripada ketidakseimbangan otot, kekejangan, pelvis yang senget atau postur yang tidak baik (functional scoliosis). Daripada gambar sahaja, kita tidak boleh memastikan jenis scoliosis seseorang. Pengesahan memerlukan pemeriksaan doktor dan X-ray untuk mengukur Cobb angle. Namun begitu, terdapat beberapa mekanisme fisiolog...

SELUAR INFRARED HAMPIR RM1,000: APA SEBENARNYA YANG KITA BELI?

Imej
  SELUAR INFRARED HAMPIR RM1,000: APA SEBENARNYA YANG KITA BELI? Ada seluar yang dipasarkan sebagai “infrared pants”, atau seluar kesihatan premium. Harganya boleh mencecah ratusan hingga hampir RM1,000 sehelai. Promosinya pula kedengaran cukup meyakinkan. Kononnya boleh membantu melancarkan peredaran darah, mengurangkan sakit sendi, mempercepat pemulihan otot, membakar kalori, mengecilkan badan dan memberi pelbagai manfaat kesihatan. . Tetapi apa sebenarnya seluar ini? Kebanyakannya ialah pakaian mampatan yang menggunakan fabrik khas mengandungi partikel mineral atau seramik. Fabrik ini dikatakan menyerap haba semula jadi daripada badan dan memancarkan sebahagiannya semula dalam bentuk far-infrared radiation. Teknologi ini memang wujud. Namun itu tidak bermaksud setiap dakwaan kesihatan yang dibuat oleh penjual telah terbukti. Kajian tentang pakaian far-infrared masih terhad. Ada kajian kecil menunjukkan kemungkinan kesan terhadap rasa hangat, keselesaan, aliran darah atau pemulih...

Sel Imun

Imej
  Korang perasan tak, kenapa ada orang cakap "walaupun dah kurus balik, badan rasa tak macam dulu"? Sebabnya, rupa-rupanya masalah berat badan berlebihan (obesiti) ni bukan je kacau rupa fizikal atau stamina kita, tapi dia "rosakkan" sistem imun badan sampai ke peringkat sumsum tulang! Dan yang paling menakutkan, walaupun korang dah berjaya turunkan berat badan, 'kerosakan' pada sistem imun tu rupa-rupanya masih kekal. Sebab tu orang yang ada sejarah obesiti ni lebih berisiko terdedah kepada jangkitan dan kanser. Tapi baru-baru ni, ada satu penemuan gempak daripada saintis dekat Ireland (Trinity College Dublin & University College Dublin). Benda ni baru je diterbitkan dalam jurnal Cell Reports (2026). Diorang jumpa satu "benda rahsia" yang boleh reset balik sistem imun yang dah rosak tu. Benda tu ialah: Yeast Beta-Glucan. Macam Mana Suplemen Yis Ni "Ubah" Sel Imun? Sebelum ni, kalau nak buat terapi imun ni, pesakit kena lalui proses c...

Amalan perlindungan daripada stroke...

Imej
  Amalan perlindungan daripada stroke... Stroke, lumpuh atau angin ahmar dulu hanya masyhur di kalangan orang yang dah sangat tua. Tapi sekarang umur 30-an pun dah ramai kena stroke. Jagalah pemakanan, belajar dan baiki kesihatan badan kita. Selain tu, mengenai amalan bismillah pagi petang ini, ada kisah pasal stroke. Dalam hadith shahih riwayat Abu Daud, At- Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ahmad daripada Sayyidina Uthman bin Affan tu, bila sahabat-sahabat dengar yang fadhilat amalkannya tak ada sesuatu pun yang akan membahayakan dirinya, mereka memandang kepada seorang sahabat yang kena stroke bernama Aban. Aban pun berkata; "Kenapa kau tengok aku? Demi Allah, aku tak berbohong atas nama Utsman, dan Utsman tak berbohong atas nama Nabi s.a.w. Tapi pada hari ketika aku tertimpa penyakit ini, aku sedang marah hingga aku lupa membacanya." Mungkin sebab tu dulu ada pihak yang ajar pasang selalu bacaan ni di tv dan radio, supaya kita amal dan tak kena penyakit berbahaya COVID-19. Bagus a...

Musuh usus yang tak disangka

Imej
Musuh usus yang tak disangka Ramai ingat usus hanya “meragam” sebab makan pedas. Sebenarnya, ada banyak tabiat harian yang nampak biasa tetapi boleh mengganggu kesihatan usus secara perlahan-lahan. Antaranya makanan ultra-proses seperti sosej, nugget, mi segera, jajan dan makanan segera. Makanan begini biasanya tinggi garam, gula, lemak dan rendah serat. Minuman manis juga antara musuh yang selalu dipandang ringan. Teh ais, air berkarbonat, boba, cordial dan minuman 3-in-1 boleh menyumbang kepada pengambilan gula berlebihan. Usus juga perlukan serat. Bila kurang sayur, buah, kekacang dan bijirin penuh, sistem penghadaman boleh terganggu dan sembelit lebih mudah berlaku. Satu lagi yang ramai tak sedar ialah penggunaan antibiotik tanpa sebab. Antibiotik tidak patut diambil sesuka hati kerana ia boleh mengganggu keseimbangan bakteria baik dalam usus. Ubat tahan sakit tertentu pula boleh memberi kesan kepada perut dan usus jika diambil terlalu kerap tanpa nasihat doktor. Tidur lewat, stres...

Teknologi KODENSH

Imej
Lebih Daripada Sekadar Fabrik: Bagaimana Teknologi KODENSHI® Membantu Meningkatkan Peredaran Anda Secara Keseluruhan -------------- Pernahkah anda terfikir bahawa pakaian boleh melakukan lebih daripada sekadar menutupi tubuh badan? Sains di sebalik Fiber KODENSHI® membuktikan bahawa ia mampu memberikan lebih daripada itu. Fiber KODENSHI® menggunakan teknologi Jepun yang canggih, direka untuk berfungsi bersama haba semula jadi badan bagi membantu mengekalkan kesihatan dan menyokong peredaran yang baik. Mari kita lihat dengan lebih mendalam bagaimana teknologi ini berfungsi dan bagaimana ia boleh memberi manfaat kepada kesihatan anda setiap hari. --------------- Bagaimanakah Fiber KODENSHI® Membantu Peredaran? Fiber KODENSHI® ialah teknologi berpaten (di lebih daripada 10 negara) yang direka untuk berfungsi bersama tubuh badan dalam menyokong peredaran dan kesihatan secara keseluruhan. Ia diintegrasikan dengan zarah seramik ultra halus (berdiameter 0.3 µm) yang mampu berinteraksi dengan ...