KANSER PAYUDARA TAK BAGI AMARAN DENGAN KUAT.

 

KANSER PAYUDARA TAK BAGI AMARAN DENGAN KUAT.
Dia datang perlahan-lahan. Kadang “macam biasa je”.
Sampai satu hari, baru kita sedar, dah terlambat.
APA ITU KANSER PAYUDARA?
Kanser payudara berlaku bila sel di payudara membiak secara tidak terkawal dan boleh merebak ke tisu sekeliling atau organ lain jika tidak dikesan awal.
TANDA & GEJALA YANG ORANG SELALU TERLEPAS PANDANG.
Antara tanda yang perlu alert :
▪️Ketulan di payudara atau bengkak di ketiak
▪️Perubahan saiz / bentuk payudara
▪️Perubahan pada kulit (berlekuk/dimple, kemerahan, menebal macam “kulit oren”)
▪️Puting tertarik ke dalam, ruam/keradangan sekitar puting
▪️Cecair keluar dari puting (terutama berdarah) walaupun tidak mengandung/menyusu
Nota: Tak semua ketulan itu kanser, tapi apa-apa perubahan yang pelik dan berterusan memang wajar diperiksa doktor.
FAKTOR RISIKO (SIAPA LEBIH BERISIKO)
Yang kita tak boleh ubah :
▪️Umur meningkat (risiko naik bila makin berumur)
▪️Sejarah keluarga / faktor genetik tertentu (contoh mutasi BRCA)
Yang boleh dipengaruhi gaya hidup :
▪️Kurang aktiviti fizikal, berat badan berlebihan (terutamanya selepas menopaus)
▪️Alkohol
PENGESANAN AWAL (YANG PALING MENYELAMATKAN NYAWA)
1 ~ Breast self-awareness: kenal “normal” payudara sendiri, supaya cepat perasan perubahan. (Ini bukan pengganti mammogram ya.)
2~ Pemeriksaan klinikal (CBE): Dalam ulasan polisi Malaysia, garis panduan yang disebut termasuk CBE setiap 3 tahun (umur 20–39) dan setiap tahun (40+) secara oportunistik.
3 ~ Mammogram: Garis panduan berbeza ikut badan rujukan & risiko. Contoh :
▪️USPSTF (AS): mammogram setiap 2 tahun umur 40–74 (risiko purata).
▪️American Cancer Society: umur 40–44 (pilihan), 45–54 (setiap tahun), 55+ (1–2 tahun sekali).
Ikut nasihat doktor & tahap risiko masing-masing.
MACAM MANA DOKTOR SAHKAN (DIAGNOSIS)
Biasanya ikut konsep “triple assessment”: pemeriksaan, imbasan (mammogram/ultrasound ± MRI), dan biopsi untuk sahkan jenis kanser.
RAWATAN (IKUT TAHAP/STAGE & JENIS KANSER)
Rawatan boleh melibatkan kombinasi: pembedahan, radioterapi, kemoterapi, terapi hormon, dan rawatan sasaran/imunoterapi, bergantung pada keputusan ujian & tahap penyakit.
BILA PERLU JUMPA DOKTOR DENGAN SEGERA?
Kalau ada ketulan baru, cecair berdarah dari puting, kulit berlekuk/menebal, puting tiba-tiba tertarik, atau bengkak ketiak, jangan tunggu. Booking pemeriksaan.
Saya bukan nak takutkan, saya nak selamatkan.
Sebab banyak kes, bila dikesan awal, peluang rawatan jauh lebih baik.
📌 Hari ni buat satu benda,
Check payudara sendiri (kenal perubahan) dan buat temujanji pemeriksaan kalau ada yang pelik.
Semoga Bermanfaat 🫶

Sumber dari Mim Yusof

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Influenza

kanser hati

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia,