BAGAIMANA PROBIOTIK MEMBANTU PERUT KEMBUNG DAN SELALU KENTUT?

 

BAGAIMANA PROBIOTIK MEMBANTU PERUT KEMBUNG DAN SELALU KENTUT?
Probiotik boleh membantu mengurangkan masalah kerap kentut dan kembung perut, terutamanya jika ia berpunca daripada ketidakseimbangan bakteria usus (gut dysbiosis) atau masalah penghadaman seperti IBS (Irritable Bowel Syndrome).
1. Mengimbangkan bakteria usus baik & jahat
✅ Probiotik seperti Lactobacillus dan Bifidobacterium membantu menormalkan flora usus, yang sering terganggu akibat diet tinggi gula, antibiotik, atau stres.
2. Mengurangkan penghasilan gas
✅ Sesetengah jenis probiotik membantu mengurangkan fermentasi oleh bakteria tertentu yang menyebabkan gas berlebihan.
3. Meningkatkan fungsi pencernaan
✅ Probiotik membantu memecahkan makanan dengan lebih efisien dan menyerap nutrien dengan lebih baik, mengurangkan sisa yang boleh menghasilkan gas.
4. Menguatkan dinding usus
✅ Probiotik menguatkan lapisan mukosa usus dan mengelakkan keradangan atau kebocoran usus (leaky gut) yang boleh menyebabkan kembung.
👉 Saya cadangkan,
ambil probiotik gabungan (multi-strain) seperti:
✅ Lactobacillus acidophilus
✅ Bifidobacterium longum
✅ Saccharomyces boulardii (jika ada jangkitan kulat/loya).
👉 Pastikan ada juga prebiotik (makanan kepada probiotik) seperti inulin, FOS atau serat larut.
👉 Juga enzim penghadaman.
👉 Nota Tambahan:
✅ Kurangkan pengambilan gula, susu, makanan ultra-proses, kekacang, dan gluten jika sensitif, kerana ia boleh memicu gas.
✅ Minum cukup air, dan bergerak aktif untuk bantu peristalsis usus.
✅ Elakkan makan terlalu cepat dan bercakap sambil makan – ini boleh menyebabkan udara tertelan (aerophagia).
Semoga bermanfaat.
Sumber dari HealthDrZubaidi

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Influenza

SERANGAN STROK

"JANGAN ANGGAP MENGANTUK BERLEBIHAN PERKARA BIASA.."