"Gastro-Esophageal Reflux Disease, GERD"

 

"Gastro-Esophageal Reflux Disease, GERD"
Bila GERD buat hal - Dari pedih ulu hati ke masalah yang lebih besar!
Kalau setiap kali lepas makan, anda rasa ada macam naga tengah sembur api dekat dada... itu bukan cinta, itu GERD
GERD ini bukan sekadar "Heart Burn". Tapi kalau dibiar, boleh bawa masalah lebih besar. Sebabnya? Bila asid naik berulang kali, ianya boleh merosakkan esofagus kadang sampai Barrett's Esophagus.
Barrett's ni boleh jadi 'turning point' ke arah kanser. Bukan nak takutkan tapi nak bagi sedar.
Jadi kalau rasa macam tekak anda kena bakar selepas makan sambal belacan, jangan buat tak tahu. Bukan naga tapi GERD!
KANSER PERUT - Bila perut dah letih dengan perangai kita, kalau hari-hari makan maggi pedas, kopi pekat lepas itu baring. Perut pun ada limit.
Kanser perut ni kadang datang secara senyap. Mula-mula hilang selera pastu cepat kenyang. Bila perut protes, kita buat tak tahu. Lepas tu bila berat turun mendadak baru panic, tapi masa tu.. hmm dah terlambat.
GERD ni macam EX, datang balik bila kita tengah bahagia. Baru je kenyang makan 'buffet steamboat', pedih & menyucuk. GERD tak pernah 'move on'.
GERD suka datang waktu kita makan sedap, baring selepas makan atau stres. Kalau tak jaga, boleh jadi tetamu tetap dan kalau biar lama-lama boleh jadi ada 'plot twist' - Kanser.
Jangan bagi KANSER ruang. Halang terus dengan gaya hidup sihat. Sayangilah perut anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Influenza

kanser hati

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia,