Sel Kanser

 

Saintis Temui Cara Hancurkan Sel Kanser Guna Cahaya Tanpa Ubat Atau Kemoterapi
Bayangkan sel kanser boleh dimusnahkan tanpa sebarang ubat, tanpa kimia, tanpa kesan sampingan yang menyakitkan. Kini, saintis di Amerika berjaya mencipta satu teknik luar biasa yang gunakan cahaya untuk pecahkan sel kanser secara fizikal. Hasil ujian di makmal menunjukkan kadar kemusnahan mencecah 99 peratus. Ya, 99 peratus.
Teknik ini ditemui oleh penyelidik dari Rice University dengan kerjasama Texas A&M dan University of Texas. Mereka guna molekul pewarna khas yang dipanggil aminocyanines, yang sebelum ini biasa digunakan dalam proses imbasan. Tapi kali ini, mereka pasang molekul tu pada sel kanser dan kemudian tembak dengan cahaya inframerah dekat.
Apa yang berlaku selepas tu sangat luar biasa. Molekul tu mula bergetar dengan kuat secara serentak. Saintis panggil fenomena ni “molecular jackhammering” sebab ia macam tukul kecil yang hentak sel dari dalam. Akibatnya, membran sel kanser pecah berkecai macam kaca yang dihentak.
Lebih mengagumkan, teknik ni tak sentuh sel sihat langsung. Ia hanya sasarkan sel kanser yang melekat dengan molekul pewarna tu. Dan sebab ia hancurkan sel secara fizikal, tak ada isu rintangan rawatan seperti yang berlaku dalam ubat-ubatan sekarang.
Dalam ujian awal, hampir semua sel melanoma musnah dalam piring petri. Malah dalam ujian ke atas tikus, hampir separuh daripada kes menunjukkan hilang sepenuhnya tanpa rawatan tambahan. Dan semua ni berlaku tanpa satu titis ubat pun masuk dalam badan.
Teknik ni guna cahaya inframerah dekat yang boleh masuk jauh ke dalam tisu badan tanpa sebabkan kerosakan besar pada kawasan sekeliling. Itu bermakna rawatan ni berpotensi jadi tak invasif dan lebih selamat berbanding rawatan moden yang ada sekarang.
Pasukan penyelidik sedang giat menambah baik kaedah ni untuk bawa masuk ke fasa ujian manusia. Kalau semuanya lancar, kita sedang saksikan permulaan kepada satu revolusi baru dalam rawatan kanser. Rawatan yang tak perlu racun, tak perlu potong, tak perlu cabut rambut.
Bayangkan di masa depan, rawatan kanser cuma perlukan cahaya dan sedikit kejuruteraan molekul. Tanpa ketakutan. Tanpa muntah. Tanpa hilang tenaga. Cahaya jadi senjata yang menyerang dengan tepat, diam dan mematikan musuh yang paling ditakuti manusia.
Inilah kekuatan sains moden. Bila cahaya bukan lagi sekadar untuk menerangi, tapi untuk menyelamatkan nyawa. Dunia sedang berubah dan masa depan rawatan kanser kini lebih cerah dari sebelumnya.
.
Temui rahsia emosi ‘mutmainnah’ dan kesihatan sebenar dalam hidup anda. Buku ini membongkar mitos demam, antibiotik, serta rawatan alami yang sering disalahfahami. Elak kekeliruan ‘healing crisis’ dan amalkan gaya hidup seimbang. Dapatkan sekarang untuk panduan lengkap ke arah minda dan tubuh yang sihat!

Sumber dari Amelia Zetty

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Penyebab Penyempitan Pembuluh Darah

Tanda-tanda Asid Urik Tinggi dalam Badan dan Kesannya Pada Kesihatan

15 Tips Turunkan Berat Badan