Dari Gigi Berlubang ke Jantung Bermasalah
Dari Gigi Berlubang ke Jantung Bermasalah : Ancaman Yang Ramai Tak Sedar


Gigi berlubang berlaku apabila bakteria dalam mulut menghakis permukaan gigi, dan jika tidak dirawat, jangkitan boleh merebak ke akar gigi dan menyebabkan abses (kantung nanah).
Masalah sebenar bermula apabila bakteria daripada jangkitan ini masuk ke dalam salur darah dan bergerak ke seluruh badan termasuk ke jantung. Ini boleh menyebabkan:

Jangkitan pada lapisan dalam jantung (endokardium).
Bakteria dari mulut melekat pada injap jantung.
Boleh merosakkan injap, menyebabkan kegagalan jantung, dan membawa maut jika tidak dirawat segera.

Masalah pergigian kronik boleh menyebabkan sistem imun ‘overaktif’.
Ini meningkatkan keradangan sistemik dan menyumbang kepada pembentukan plak dalam arteri.
Akhirnya, risiko serangan jantung dan strok meningkat.



Doktor gigi dan pakar jantung seluruh dunia bersetuju bahawa kesihatan mulut adalah sama kesihatan sistemik. Mulut bukanlah tempat asing dari tubuh. Ia adalah pintu utama kepada seluruh sistem badan.






Jangan tunggu jika ada tanda ini, jumpa doktor gigi segera!






Gigi berlubang mungkin nampak kecil, tapi kesannya boleh melarat hingga ke jantung dan otak. Jangan tunggu sakit baru ambil tindakan. Jaga kesihatan mulut ibarat jaga kesihatan jantung.
Ingat, mulut sihat… tubuh pun kuat.
Ulasan
Catat Ulasan