Berat Badan
Setiap orang ada corak makan yang berbeza.
Apa yang kita pilih untuk masuk ke dalam tubuh akan menentukan bukan saja berapa berat kita naik, tetapi di mana lemak itu duduk.
Saintifiknya, hormon, jenis makanan, masa makan dan gaya hidup akan mempengaruhi kawasan mana yang paling cepat menyimpan lemak.
Corak berikut bukan untuk menghakimi, tetapi untuk kita faham tubuh sendiri dan tahu di mana risiko bermula.
1. “Bread & Sugar Lover”
Orang yang suka roti, kek, dessert dan air manis biasanya mengalami insulin naik turun dengan cepat. Itu menyebabkan lebihan gula ditukar menjadi lemak visceral.
Lemak terkumpul:
Perut dan pinggang.
Bahaya kerana lemak ini menekan organ dalam dan meningkatkan risiko jantung serta diabetes.
.
2. “Nasi Waktu Malam”
Nasi bukan musuh, tetapi masa kita makan menentukan cara badan membakar kalori.
Makan banyak waktu malam, kemudian terus tidur, membuatkan tenaga berlebihan disimpan.
Lemak terkumpul:
Perut bawah, pinggul dan peha.
Metabolisme malam sangat rendah, sebab itu kawasan femoral mudah menyimpan lemak.
.
3. “Fast Food Regular”
Ayam goreng, burger, fries, sos pekat.
Makanan tinggi garam dan lemak tepu membuatkan badan menyimpan lemak subkutan secara meluas.
Lemak terkumpul:
Love handles di belakang pinggang dan lengan atas. Ini berlaku kerana kalori yang banyak datang sekali gus, tubuh tak sempat bakar.
.
4. “Minum Manis Hari-Hari”
Air manis cair seperti teh ais, boba, kopi ais dan air coklat cepat menyerap dalam darah.
Kalori cair lebih mudah disimpan sebagai lemak.
Lemak terkumpul:
Perut dan bawah dagu (double chin).
Insulin spike menaikkan simpanan lemak, terutama di kawasan submental.
.
5. “Stress Eater”
Apabila stres, cortisol meningkat.
Hormon ini merangsang keinginan untuk makanan manis dan tinggi karbo.
Lemak terkumpul:
Tengah badan perut, dada dan bahagian atas badan. perut terasa keras kerana sifat lemak “central obesity”.
.
6. “ Kurang Bergerak”
Badan kurang bergerak menyebabkan peredaran perlahan.
Lemak dan water retention terkumpul:
Peha, betis dan muka tampak “puffy”.
.
7. “Heavy Rice Lover (3 pinggan)”
Bila kalori datang terlalu tinggi dan kurang protein, insulin akan naik lama.Keadaan ini menggalakkan tubuh menyimpan lemak secara konsisten.
Lemak terkumpul:
Pinggang dan perut sisi. punca “side belly” yang susah hilang.
.
Kesimpulan
Tubuh kita tidak pernah menyimpan lemak secara rawak.Ada sebabnya, ada coraknya.
Bukan untuk salahkan makanan, tetapi untuk bantu kita faham apa tabiat yang perlu diubah, apa bahagian badan yang kita perlu jaga, dan bagaimana gaya makan membentuk kesihatan kita hari demi hari.
Sumber dari Public Health Malaysia

Ulasan
Catat Ulasan