Punca utama sumbatan telinga (impacted ear wax).

 

Ramai rasa guna cotton bud itu tanda bersih, tapi sebenarnya ia antara punca utama sumbatan telinga (impacted ear wax).
Bila kita masukkan cotton bud ke dalam telinga, lilin telinga (cerumen) yang sepatutnya keluar secara semula jadi akan ditolak lebih jauh ke dalam saluran telinga. Lama-kelamaan, ia mengeras, menutup lubang telinga, dan menyebabkan:
• Pendengaran berkurang,
• Rasa tersumbat atau berdengung,
• Kadang-kadang sakit kepala dan pening.
Lebih teruk lagi, ada yang sampai cederakan gegendang telinga kerana menolak terlalu dalam.
.
Sebenarnya, cotton bud tak direka untuk dimasukkan ke dalam saluran telinga, walaupun ramai orang salah guna begitu. Cara yang betul ialah hanya untuk membersihkan bahagian luar telinga sahaja iaitu tepi lubang telinga.
1. Gunakan selepas mandi. Waktu ini lilin telinga lebih lembut.
2. Lap bahagian luar telinga sahaja. Gunakan hujung cotton bud untuk menyerap air atau membersihkan kotoran di lipatan luar telinga.
3. Jangan masukkan ke dalam lubang telinga. Jika cotton bud menembusi lebih dari 1 cm ke dalam, risiko menolak lilin ke dalam atau mencederakan gegendang sangat tinggi.
Kalau rasa telinga tersumbat atau kurang dengar, jumpalah klinik. Doktor boleh periksa dan keluarkan lilin dengan cara yang selamat.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Influenza

kanser hati

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia,