7 Cara Tingkatkan Sistem Imun Badan
Ramai sangka sistem imun lemah sebab kurang vitamin.
Hakikatnya, imun jatuh kerana gaya hidup harian yang kita anggap biasa kurang tidur, stres, usus bermasalah dan pemakanan yang salah.
Sistem imun bukan sesuatu yang boleh “boost” sehari dua.
Ia dibina setiap hari, dari dalam badan.
Lebih 70% sistem imun berada di usus.
Jika usus:
• bakteria tak seimbang
• selalu kembung, sembelit, cirit
• tinggi gula & makanan proses
Apa perlu buat:
• Kurangkan gula
• Ambil serat
• Makanan fermentasi / probiotik
Usus sihat = imun lebih kuat.
Kurang tidur bukan sekadar letih.
Ia:
• Turunkan sel imun (natural killer cells)
• Naikkan hormon stres (kortisol)
• Buat badan lambat pulih dari jangkitan
Stres jangka pendek tak apa.
Stres berpanjangan yang merosakkan imun.
Kortisol tinggi:
• Menekan tindak balas imun
• Mudahkan jangkitan
• Lambatkan penyembuhan
Solusi ringkas:
• Bernafas perlahan
• Bergerak ringan
• Kurangkan beban emosi yang tak perlu
Imun kuat perlukan badan yang tenang.
Radang kronik buat sistem imun “letih”.
Kurangkan:
• Gula
• Makanan ultra-proses
• Minyak trans
Lebihkan:
• Sayur
• Buah
• Lemak sihat (minyak zaitun, omega-3)
• Rempah anti-radang
Imun yang baik perlukan persekitaran dalaman yang bersih dari radang.
Sel imun diperbuat daripada protein.
Kurang protein:
• Antibodi susah dibina
• Luka lambat sembuh
• Mudah jatuh sakit
Sistem imun perlukan:
• Vitamin D
• Zinc
• Vitamin C
• Antioksidan (contoh vitamin E tocotrienols)
Masalahnya bukan tak ambil vitamin,
tetapi penyerapan tak baik akibat usus bermasalah.
Sebab itu usus tetap nombor satu.
Pergerakan sederhana:
• Lancarkan aliran darah
• Aktifkan sel imun
• Kurangkan radang
Tak perlu workout berat.
Jalan, stretching, gerak konsisten sudah cukup untuk sokong imun.
Sistem imun kuat bukan datang dari satu produk,
tetapi dari gabungan rutin kecil yang konsisten.
Bila dalaman sihat, imun akan jaga kita tanpa perlu dipaksa.
Sumber dari FB Tengku Asmadi

Ulasan
Catat Ulasan