APA ITU KANSER SERVIKS?
APA ITU KANSER SERVIKS?
Kanser serviks ialah kanser yang bermula di pangkal rahim (serviks), iaitu bahagian bawah rahim yang bersambung ke faraj. Hampir semua kes (±99%) berkait dengan jangkitan HPV berisiko tinggi yang berpanjangan.
Ada “musuh” yang tak datang dengan bunyi.
Tak semestinya sakit. Tak semestinya nampak.
Tapi bila dia mula bagi tanda, kadang-kadang ia dah lama bertapak.
Kanser serviks selalu bermula perlahan-lahan.
Ramai wanita rasa “aku sihat je” sebab awal-awal memang kadang tak ada simptom.
Yang buat dia paling menakutkan?
Bila tanda muncul, ramai dari kita masih sangka “alahhh biasa kot”
Kalau ada satu pun… jangan tunggu “NANTI”.
Sebab “NANTI” tu kadang-kadang mahal.
KUNCI DIA DUA JE,
1) Vaksin HPV
2) Saringan (Pap smear / HPV test)
Benda yang ambil beberapa minit, boleh jadi keputusan yang selamatkan masa depan.
Disclaimer :
Perkongsian ini untuk pendidikan kesihatan, bukan pengganti nasihat doktor. Jika ada simptom, dapatkan pemeriksaan doktor dengan kadar SEGERA!.
Semoga Bermanfaat
Sumber dari FB Mim Yusof

Ulasan
Catat Ulasan