3 Serangkai
Balik je dari Klinik Kesihatan, mak ayah kita mesti bawa balik satu beg plastik besar penuh ubat. Pagi telan 3 biji, malam telan 4 biji. Merah, putih, kuning. dah macam makan 'skittles'.
Bila kita tengok, kita selalu cakap, "Alah, biasalah penyakit orang tua."
Sedap je kita normalize kan benda tu jadi macam 'Pakej VIP' bila dah pencen wajib ada 3 Serangkai (Darah Tinggi, Kencing Manis, Kolesterol). Macam tak sah kalau takde.
Statistik terbaru kebangsaan dedahkan realiti yang sangat menakutkan: 68% warga emas di Malaysia ada sekurang-kurangnya DUA penyakit kronik ni serentak.
Bayangkan, hampir 7 dari 10 mak ayah kita sebenarnya tengah bertarung nyawa setiap hari nak pastikan jantung tak 'jammed' dan buah pinggang tak rosak.
Tapi yang paling kelakar (dan seram), kita yang muda ni asyik bebel kat mak ayah suruh pantang makan, padahal kita sendiri tengah gigih 'pre-order' pakej penyakit yang sama.
Pagi pekena teh tarik leleh, tengahari melantak teh ais balang, pukul 1 pagi pula pekena nasi kandar kuah banjir. Bersenam pula setahun sekali waktu Family Day syarikat.
Dengar sini, penyakit 3 serangkai ni bukan sejenis magik yang tiba-tiba wujud masa umur 60 tahun sebaik saja kita potong kek pencen. Ia dibina senyap-senyap bermula masa umur kita 20-an dan 30-an.
Waktu ni la pembuluh darah perlahan-lahan mula berkerak dengan sisa kolesterol. Pankreas kita pula mula 'burnout' sebab hari-hari kena kerja keras pam insulin nak lawan gula yang kita teguk. Bila enjin badan dah rosak teruk, barulah simptom tu meletup keluar masa umur senja.
Hentikan mentaliti "nanti dah tua barulah diet".
Umur 60-an tu sepatutnya waktu untuk kita rehat, pergi masjid, main dengan cucu, dan travel tenang-tenang. Bukan waktu untuk beratur panjang ambil darah, telan ubat segenggam, dan menangis cucuk insulin kat perut sendiri hari-hari.
Sayang sikit badan tu. Kurangkan manis dalam minuman, mulakan berjalan kaki sikit-sikit. Jangan tempah tiket ke wad hospital terlalu awal.
Bagitau kawan korang yang kalau order teh ais, dia punya 'extra manis' tu boleh buat potong kaki. Suruh dia beringat sikit.
#PublicHealthMalaysia

Ulasan
Catat Ulasan