“Macamana kanser boleh datang balik?"


 “Macamana kanser boleh datang balik?"

Bila orang tanya soalan ni, jujur... saya tak ada jawapan yang tepat. Sumpah, hati terduduk bila doktor sahkan sel tegar itu kembali lagi.
Sembilan tahun lalu, saya disahkan menghidap kanser payudara tahap 3.
Doktor lakukan pembedahan lumpectomy untuk buang bahagian yang ada kanser sahaja.
Selepas itu, bermulalah fasa paling 'reban' dalam hidup. Saya lalui:
• 6 kitaran kemoterapi
• 25 kitaran radioterapi
Waktu itu, mood memang merudum habis. Hati merintih, menangis sorang-sorang mengenang nasib. Pandang masa depan? Gelap. Kelam sangat.
Tapi, saya pilih untuk bangkit melawan. Saya tak mahu menyerah kalah pada takdir begitu sahaja!
Sepanjang 9 tahun ini, kesihatan saya ada turun naiknya. Dah tak terkira berapa kali keluar masuk hospital. Berapa kali juga tubuh ini ditolak masuk ke bilik bedah untuk rawatan lain tetapi tetap berkaitan. Tapi setiap kali jatuh, saya paksa diri untuk bangun semula.
Alhamdulillah.
Setelah 9 tahun, saya sangka badai dah berlalu. Rupanya, saya silap...
Kanser datang semula.
Bila kanser datang semula, ramai yang pelik. Kalau ikutkan ikhtiar, satu proses rawatan pun saya tak pernah mengelat.
Kemoterapi? Setia.
Radioterapi? Selesai.
Hormonterapi? Patuh.
CT scan dan mammogram setiap tahun? Tak pernah culas.
Temujanji doktor? Sentiasa on-time.
Secara sainsnya, kita tahu kadang-kadang ada sel kanser yang terlalu kecil dan 'cerdik'. Ia bersembunyi dalam badan, tidur bertahun-tahun tanpa dikesan oleh mesin imbasan, sebelum tiba-tiba aktif semula. Sama ada disebabkan faktor hormon, genetik, atau imun badan yang melemah.
Tapi di akhir fasa hamba, jawapan paling sahih yang ada dalam kotak fikiran saya cuma satu:
Semua kejadian adalah kehendak Allah.
Walau secanggih mana pun teknologi perubatan yang kita ambil, kalau Allah dah tetapkan kanser itu datang balik... maka ia tetap akan datang.
Itulah jawapan saya pada pertanyaan “kenapa kanser datang balik.”
Tugas kita bukan mempersoalkan takdir, tapi terus bertarung dan berikhtiar tanpa henti.
Mohon doa daripada sahabat-sahabat semua agar saya terus kuat untuk 'pusingan' kali ini. Rebah seketika tak apa, asalkan tahu cara untuk bangkit semula.


Breast cancer fighter stage 4 ikhtiar Shiruto, spirulina, dan LivCore untuk bantu kurangkan effect selepas chemotherapy. Ya Allah hebat sungguh akak Amoi, diuji saat mengandung dengan dengan breast cancer tetapi tidak menyebabkan beliau patah semangat untuk berikhtiar dan mencari Ikhtiar untuk bantu permudahkan perjalanan chemotherapynya. Terus kuat semangata akak, kami sentiasa doakan akak terus kuat melalui ujian ini, moga sihat seperti biasa, dan dilimpahkan rezeki yang tidak disangka sangka.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Influenza

kanser hati

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia,