Pelancongan dan kesihatan
Kalau kita fikir pelancong datang Malaysia hanya kerana konsert percuma, alkohol dan hiburan malam, mungkin kita sendiri yang sedang merendahkan nilai negara ini.
Orang datang ke sini kerana pulau yang cantik, hutan yang masih hidup, gunung, air terjun, makanan, budaya, warisan, keramahan orang kita dan rasa selamat berjalan dengan keluarga.
Dan ada satu lagi sektor yang jauh lebih bernilai.
Pelancongan kesihatan.
Ada pelancong datang Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Mereka datang kerana percaya kepada doktor kita. Jururawat kita. Hospital kita. Sistem rawatan kita. Cara kita menjaga pesakit dengan sopan, teliti dan manusiawi dengan kos yang berpatutan.
Tetapi jangan sampai kita menjual imej Malaysia seolah-olah tanpa pesta besar dan malam yang panjang, pelancong tidak akan datang.
Malaysia sudah ada kekuatan yang lebih besar.
Jangan kecilkan Malaysia seolah-olah nilai negara ini hanya hidup bila ada konsert percuma.

Ulasan
Catat Ulasan