probiotic

 

Sekarang ramai mula ambil probiotic 😊
Dan saya rasa itu perkembangan yang baik.
Tetapi saya juga berharap pengguna mula belajar membaca formula dengan lebih teliti — bukan sekadar membaca marketing.
Baru-baru ini saya melihat satu formula gut support yang menarik kerana ia menyatakan strain probiotic dengan agak jelas:
🦠 Bifidobacterium longum AHC-BCL301
🦠 Streptococcus thermophilus AHCST-30
🦠 Lactobacillus bulgaricus AHC-LB40
🦠 Lactobacillus casei AHC-LC11
🦠 Lactobacillus acidophilus AHC-LA180
Ini sebenarnya satu perkara positif.
Sebab dalam microbiome science…
“probiotic” bukan satu benda yang sama.
Strain matters.
Tetapi ada satu lagi perkara yang penting:
Walaupun strain dinyatakan, kod AHC ini bukan strain yang sangat terkenal dalam dunia kajian microbiome antarabangsa seperti:
🔬 LGG
🔬 BB12
🔬 HN019
🔬 BC30
🔬 LACTO5
Ini tidak bermaksud strain tersebut tidak bagus atau tidak berfungsi.
Tetapi ia bermaksud:
📌 pengguna sukar menyemak kajian bebas
📌 data klinikal mungkin lebih terhad
📌 banyak bergantung kepada data dalaman syarikat
Dan itu adalah perkara yang wajar untuk pengguna moden fahami 😊
Satu lagi perkara yang menarik…
Formula ini juga menyebut tentang:
🌾 prebiotic
📡 postbiotic
Tetapi tidak menghuraikan dengan jelas:
❓ jenis prebiotic apa digunakan
❓ fibre apa digunakan
❓ postbiotic apa sebenarnya dimaksudkan
❓ apakah signalling compounds yang ada
❓ apakah rationale gabungan formulasi tersebut
Bagi saya, ini penting.
Kerana:
“ada prebiotic”
tidak semestinya sama.
Ada fibre lebih kepada:
✔ bulk stool
✔ feeding bifido
✔ feeding butyrate producers
✔ calming inflammation
✔ SCFA production
Dan “postbiotic” juga boleh membawa maksud yang sangat luas:
📡 bacterial metabolites
📡 bacterial fragments
📡 fermentation compounds
📡 signalling molecules
Semakin telus sesuatu formula,
semakin mudah pengguna dan practitioner memahami fungsi sebenar produk tersebut.
Satu lagi pemerhatian saya…
Formula seperti ini nampaknya lebih fokus kepada:
✔ digestion support
✔ gut balance
✔ general immune support
berbanding:
🧬 deep colon ecosystem rebuilding
Saya juga tidak nampak penekanan jelas kepada:
🌾 butyrate production
🌾 SCFA ecosystem
🌾 specific prebiotic fibres
Padahal dalam microbiome science moden,
butyrate sangat penting kerana ia membantu:
🧱 gut barrier
📡 AMPK signalling
🔥 inflammation regulation
⚡ colon cell energy
🛡 immune balance
Kadang-kadang kita terlalu fokus:
“berapa banyak probiotic”
tetapi kurang bertanya:
👉 probiotic itu makan apa?
👉 adakah formula membantu penghasilan SCFA?
👉 adakah colon ecosystem benar-benar dibina semula?
Satu lagi perkara yang jarang dibincang:
Sesetengah individu yang histamine-sensitive mungkin juga memberi reaksi kepada kombinasi strain tertentu.
Terutamanya strain seperti:
⚠ Lactobacillus casei
⚠ Lactobacillus bulgaricus
bagi individu yang:
- sangat sensitif
- ada MCAS
- chronic hives
- sinus flare
- eczema tertentu
- gut sangat reactive
Ini bukan bermaksud strain itu “jahat”.
Tetapi microbiome adalah sangat individual.
Apa yang membantu seorang,
boleh mengganggu seorang yang lain.
Bukan untuk menghentam mana-mana produk.
Tetapi kerana:
microbiome bukan trend.
Ia adalah ekosistem yang kompleks.
Dan pengguna berhak memahami apa yang mereka ambil 😊
Satu lagi perkara yang saya rasa pengguna moden patut mula perhatikan bila membeli probiotic:
📌 Adakah CFU dinyatakan dengan jelas?
CFU = Colony Forming Units
iaitu anggaran jumlah bakteria hidup yang berpotensi aktif.
Menariknya…
Ada formula yang menyatakan:
✔ nama strain
✔ kod strain
tetapi tidak menyatakan:
❓ jumlah CFU
Bagi saya, ini menjadikan penilaian lebih sukar 😊
Kerana dalam microbiome science,
bukan sekadar:
“ada bakteria”
tetapi juga:
📌 berapa jumlah?
📌 cukup atau tidak?
📌 dos itu relevan secara klinikal atau tidak?
📌 jumlah itu sebelum atau selepas expiry?
📌 survival rate sampai ke usus bagaimana?
Kadang-kadang:
CFU terlalu rendah → mungkin kurang memberi kesan.
Kadang-kadang:
CFU terlalu tinggi → usus sensitif pula flare.
Dan sebenarnya…
lebih tinggi tidak semestinya lebih baik.
Yang penting:
✔ strain yang sesuai
✔ tujuan formula jelas
✔ fibre/prebiotic yang sesuai
✔ toleransi individu
✔ sokongan kepada SCFA/butyrate ecosystem
Sebagai clinician,
saya suka bila sesuatu formula lebih telus 😊
Bukan untuk menghentam mana-mana produk.
Tetapi kerana:
pengguna hari ini semakin bijak.
Dan microbiome science sebenarnya sangat kompleks.
Sumber dari Tok Dr Su

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makan dan kanser

7 TABIAT YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH BUAH PINGGANG

Nasihat Kesihatan