Sistem Dalam Badan

 

Sistem Dalam Badan Yang Ramai Tak Faham
Dan Kenapa Anda Rasa Tak Sihat Walaupun “Check Darah Semua OK”
Ramai orang bila bercakap tentang kesihatan, mereka akan fikir satu perkara sahaja.
Darah.
Atau lebih spesifik, jantung.
Selagi jantung “ok”, selagi darah “jalan”, mereka rasa badan pun sepatutnya sihat.
Tetapi hakikat sebenar tidak semudah itu.
Tubuh manusia tidak bergerak dengan satu sistem sahaja.Ia adalah gabungan beberapa sistem yang bekerja serentak setiap saat, tanpa henti.
Dan menariknya, banyak simptom yang kita rasa hari ini bukan datang daripada satu punca…tetapi daripada ketidakseimbangan antara beberapa sistem dalam badan.
Just bayangkan Badan Anda Seperti Sebuah Bandar...
Untuk mudah faham, bayangkan tubuh anda seperti sebuah bandar yang sibuk.
Ada sistem penghantaran.
Ada sistem kutipan.
Ada sistem pembersihan.
Dan ada pusat kawalan.
Dalam badan kita, ia berlaku seperti ini:
Arteri bertindak seperti lori yang menghantar bekalan.
Vena pula mengutip semula apa yang perlu dibawa balik.
Sistem limfa berfungsi seperti sistem pembersihan dan saliran.
Dan sistem saraf menjadi pusat kawalan yang mengawal semuanya.
Selagi semua sistem ini bergerak seimbang, bandar itu akan berjalan dengan lancar.
Tetapi jika satu sistem mula perlahan atau tersekat, sistem lain akan cuba menampung.
Dan di situlah masalah mula muncul… perlahan-lahan, tanpa disedari.
Arteri: Sistem Penghantaran Yang Sentiasa Bergerak
Setiap saat, arteri membawa darah yang kaya dengan oksigen keluar dari jantung ke seluruh badan.
Otak, otot, organ — semuanya bergantung kepada bekalan ini.
Arteri direka untuk kuat.
Dindingnya tebal, elastik, dan mampu menahan tekanan tinggi.
Tetapi ada satu perkara yang sering berlaku tanpa disedari.
Apabila arteri mula terjejas,
ia jarang memberi tanda awal.
Semuanya nampak “ok” di luar.
Tetapi di dalam, sel-sel mula kekurangan oksigen.
Tisu mula “lapar”.
Dan jika berlarutan, barulah muncul masalah yang lebih serius.
Vena: Sistem Pulang Yang Bergantung Kepada Pergerakan
Selepas darah dihantar ke seluruh badan, ia perlu kembali semula ke jantung.
Di sinilah peranan vena.
Berbeza dengan arteri, vena tidak mempunyai tekanan yang kuat.
Ia bergantung kepada sesuatu yang sangat mudah…
Pergerakan badan.
Setiap kali anda berjalan,
otot anda akan menekan vena dan membantu menolak darah naik ke atas.
Tetapi cuba lihat gaya hidup hari ini.
Duduk terlalu lama.
Kurang bergerak.
Akibatnya, darah mula berkumpul di bahagian bawah badan.
Kaki terasa berat.
Kadang-kadang bengkak.
Ada yang mula nampak urat timbul.
Bukan kerana badan rosak secara tiba-tiba…tetapi kerana sistem ini tidak digunakan seperti sepatutnya.
Sistem Limfa: Pembersih Senyap Yang Selalu Dilupakan
Jika arteri menghantar, dan vena memulangkan, sistem limfa pula bertugas membersihkan.
Setiap hari, badan menghasilkan lebihan cecair, sisa metabolik, dan bahan buangan dari sel.
Semua ini perlu dikumpul dan dibersihkan.
Dan itu adalah tugas sistem limfa.
Namun berbeza dengan jantung,
sistem limfa tidak mempunyai pam sendiri.
Ia hanya bergerak apabila kita bergerak.
Apabila kita bernafas dalam.
Apabila otot kita aktif.
Apabila badan mengalami tekanan fizikal yang sihat.
Jika tidak?
Sistem ini akan menjadi perlahan.
Cecair mula berkumpul.
Badan terasa “berat”.
Mudah penat.
Kadang-kadang bengkak tanpa sebab yang jelas.
Ia bukan berlaku dalam sehari.
Tetapi perlahan-lahan… sehingga akhirnya kita mula rasa ada sesuatu yang tidak kena.
Sistem Saraf: Pengawal Yang Tidak Pernah Tidur
Di sebalik semua ini, ada satu sistem yang sentiasa mengawal semuanya.
Sistem saraf.
Ia menghantar signal ke seluruh badan.
Mengawal degupan jantung.
Mengawal pernafasan.
Mengawal tindak balas tubuh terhadap stress.
Ia juga menentukan sama ada badan berada dalam keadaan tegang…
atau dalam keadaan tenang dan pulih.
Apabila sistem saraf sentiasa berada dalam keadaan stress,
badan tidak diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Tidur terganggu.
Fungsi organ menjadi tidak stabil.
Aliran dalam badan juga turut terjejas.
Ramai orang ingat saraf hanya berkait dengan “rasa sakit” atau “kebas”.
Hakikatnya, ia mengawal hampir seluruh sistem dalam badan.
Bila Semua Ini Tidak Seimbang
Masalah sebenar bermula apabila sistem-sistem ini tidak lagi bergerak seiring.
Arteri mungkin masih menghantar darah.
Tetapi vena tidak mampu memulangkannya dengan baik.
Limfa mungkin cuba membersihkan,
tetapi pergerakan tidak cukup untuk membantu.
Saraf pula berada dalam keadaan stress berpanjangan, menyebabkan semua sistem lain bekerja dalam keadaan tidak stabil.
Dan akhirnya, muncullah simptom yang nampak “random”.
Penat tanpa sebab.
Bengkak.
Rasa berat badan.
Tidur tidak lena.
Fokus terganggu.
Ini bukan kerana satu sistem rosak…tetapi kerana keseimbangan antara sistem telah terganggu.
Apa Yang Sebenarnya Badan Perlukan
Menariknya, badan tidak perlukan sesuatu yang terlalu kompleks untuk kembali stabil.
Ia perlukan perkara asas.
Pergerakan.
Pernafasan.
Pemakanan yang betul.
Dan rangsangan yang membantu sistem berfungsi semula.
Pergerakan adalah yang paling penting.
Apabila anda berjalan,
vena mula aktif.
Limfa mula bergerak.
Saraf mula menyusun semula keseimbangan.
Pernafasan yang dalam pula membantu menenangkan sistem saraf
dan pada masa yang sama membantu aliran dalam badan.
Semua ini bekerja bersama.
Ingat, tubuh manusia bukan mesin satu fungsi.
Ia adalah satu sistem hidup yang saling berkait.
Arteri menghantar.
Vena memulangkan.
Limfa membersihkan.
Saraf mengawal.
Apabila keempat-empat ini dijaga bersama, badan akan mula berfungsi dengan lebih stabil.
Tetapi apabila satu diabaikan,
ketidakseimbangan akan mula muncul… walaupun perlahan.
Dan di situlah bermulanya kebanyakan masalah kesihatan moden. Ini berlaku bukan kerana badan gagal, tetapi kerana kita tidak lagi menggunakannya seperti yang sepatutnya.
Sekian. Moga bermanafaat.

Sumber dari Mohd Nizam

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Influenza

kanser hati

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia,