Tabung Haji (TH) bakal memperkenalkan Sistem Giliran Dinamik untuk menggantikan sistem lama
Tabung Haji (TH) bakal memperkenalkan Sistem Giliran Dinamik untuk menggantikan sistem lama.
Kalau dulu sistemnya "Siapa Cepat, Dia Dapat", sekarang ia bertukar kepada "Siapa Sedia, Dia Berangkat".
Sekarang, pendaftaran awal bukan lagi jaminan mutlak. TH akan beri keutamaan kepada mereka yang benar-benar sedia dari segi Istito’ah (Kemampuan).
Ada 3 kriteria utama yang TH lihat sekarang:
Kenapa sistem ini dibuat?
Sebab sebelum ini, banyak kes kuota haji tidak terisi kerana ramai jemaah terpaksa menolak tawaran pada saat akhir akibat masalah kewangan atau faktor kesihatan. Dengan sistem baru ini, TH mahu memastikan kuota haji negara sentiasa dipenuhi oleh mereka yang sudah "Ready to Go".
Sama-samalah kita doakan agar urusan simpanan dan kesihatan kita semua dipermudahkan supaya dapat menjadi tetamu Allah tidak lama lagi. Amin. 

PENGALAMAN HAJI UMRAH.
Untuk info lebih lanjut 
www.wasap.my/60133959667

Ulasan
Catat Ulasan