Far Infrared


 Kalau Far Infrared boleh dapat daripada cahaya matahari, kenapa masih perlu pakai Aulora Series? ☀️

Ini antara soalan yang selalu Ummi dapat.

Bukankah Far Infrared juga boleh diperoleh daripada cahaya matahari?

Lebih murah.

Lebih semula jadi.

Lebih natural.

Jawapannya...

Ya, memang betul. 

Sebab itu antara perkara yang doktor functional medicine sarankan kepada anak Ummi yang mengalami eczema teruk ialah mendapatkan pendedahan cahaya matahari pada waktu pagi.

Jadi setiap pagi, Ummi cuba bawa anak berjemur.

Tetapi ada satu cabaran besar.

Anak yang mengalami severe eczema biasanya sangat sensitif terhadap haba.

Bila panas...

Dia mula rasa gatal.

Bila gatal...

Dia mula menggaru.

Dan bila menggaru...

Kulit boleh luka dan berdarah.

Jadi walaupun cahaya matahari mempunyai manfaatnya tersendiri, proses untuk mendapatkan manfaat tersebut tidak semudah yang disangka.

Untuk mendapatkan pendedahan yang optimum, kulit perlu terdedah kepada cahaya matahari.

Kena buka baju atau kurangkan kain yang tutup kulit. 

Tetapi bagi kanak-kanak eczema yang mudah menggaru, keadaan itu menjadi sangat mencabar.

Kadang-kadang baru beberapa minit.

Sudah mula tidak selesa.

Gatal dia tak terkawal. 

Jadi kita pun tak dapat nak jemur dia lama. 

.Sebab itulah apabila Ummi mengenali Aulora Series, Ummi rasa ia satu nikmat yang sangat besar.

Aulora menggunakan teknologi Kodenshi® Fiber yang menghasilkan tenaga Far Infrared melalui haba semula jadi badan.

Maksudnya...

Tidak perlu menunggu cuaca.

Tidak perlu mencari masa untuk berjemur.

Tidak perlu terdedah kepada panas yang berlebihan.

Cukup dengan memakainya sebagai sebahagian daripada rutin harian.

Antara manfaat Far Infrared yang banyak dikaji ialah:

✅ Membantu meningkatkan microcirculation atau peredaran darah halus

✅ Membantu penghantaran oksigen dan nutrien ke tisu badan

✅ Menyokong proses pemulihan semula jadi badan

✅ Membantu relaksasi dan keselesaan otot

✅ Menyokong fungsi sel melalui aktiviti mitokondria

Perkara yang paling menarik ialah teknologi ini sangat praktikal.

Boleh dipakai ketika bekerja.

Boleh dipakai ketika tidur.

Boleh dipakai ketika berjalan-jalan.

Boleh dipakai ketika travel.

Tiada kekangan masa.

Tiada kekangan lokasi.

Malah kanak-kanak kecil seperti Ali juga boleh menggunakannya dengan mudah.

Sebagai seorang yang berlatarbelakangkan Biotechnology, Ummi sangat menghargai bagaimana teknologi digunakan untuk memberi manfaat kepada manusia.

Menggunakan ultra-micron ceramic yang ditenun ke dalam serat kain untuk memanfaatkan haba badan dan menghasilkan Far Infrared adalah satu inovasi yang pada pandangan Ummi sangat menarik.

.Inilah definisi teknologi yang sebenar.

Bukan sekadar canggih.

Tetapi memudahkan kehidupan manusia.

Having said that, penggunaan Aulora tidak dapat menggantikan manfaat dari cahaya matahari sepenuhnya. 

Tapi sekurang-kurangnya boleh menyokong keadaan ketika Ali sebegitu dan sekarang dia dah boleh menikmati saat riang bawah matahari. 

Let's grow infinitely.


1️⃣ FIR dan Peredaran Darah
Kajian yang diterbitkan pada tahun 2007 dalam Journal of the American College of Cardiology mendapati terapi FIR membantu mengembangkan kapilari darah.
Apabila peredaran darah menjadi lebih baik:
✅ Aliran darah lebih lancar
✅ Penghantaran oksigen ke tisu meningkat
✅ Kesakitan yang berkaitan dengan peredaran darah yang lemah boleh berkurangan
2️⃣ FIR dan Keselesaan Otot serta Sendi
Kajian dalam Clinical Rheumatology melaporkan pengguna terapi FIR menunjukkan:
✅ Pengurangan ketidakselesaan pada sendi
✅ Peningkatan mobiliti
Malah terdapat juga kajian ke atas atlet yang menunjukkan FIR membantu proses pemulihan otot selepas aktiviti fizikal yang berat.
3️⃣ FIR dan Proses Penyembuhan
Kajian yang diterbitkan dalam Photochemistry and Photobiology pada tahun 2012 mendapati FIR berpotensi:
✅ Merangsang penghasilan kolagen
✅ Membantu pembentukan saluran darah baharu
✅ Menyokong proses regenerasi tisu
Sebab itu teknologi ini sering dikaji dalam konteks pemulihan luka dan keradangan.
4️⃣ FIR dan Kesihatan Jantung
Di Jepun, terdapat pendekatan yang dikenali sebagai Waon Therapy menggunakan FIR.
Kajian yang diterbitkan dalam Circulation Journal menunjukkan:
✅ Penurunan tekanan darah
✅ Peningkatan fungsi jantung dalam kumpulan tertentu
✅ Pengurangan simptom sesak nafas
Pendekatan ini juga digunakan di beberapa fasiliti kesihatan di Jepun.
5️⃣ FIR dan Keradangan
Kajian makmal menunjukkan FIR berpotensi membantu:
✅ Mengurangkan sitokin pro-radang seperti IL-6 dan TNF-α
✅ Mengurangkan stres oksidatif
✅ Menyokong sistem antioksidan badan
Ini antara sebab teknologi FIR sering dikaji dalam bidang kesakitan kronik, keradangan dan keletihan.
6️⃣ FIR dan Kualiti Tidur
Beberapa kajian kecil mendapati penggunaan FIR membantu:
✅ Relaksasi sistem saraf
✅ Pengurangan hormon stres (kortisol)
✅ Tidur yang lebih nyenyak
Sebab itu ramai pengguna sering berkongsi pengalaman tidur yang lebih selesa selepas menggunakan produk berasaskan FIR.
7️⃣ FIR dan Proses Perpeluhan
Kajian berkaitan sauna FIR menunjukkan ia boleh membantu proses perpeluhan yang membawa keluar pelbagai bahan buangan daripada badan.
Walau bagaimanapun, proses ini perlu dilihat sebagai pelengkap kepada fungsi semula jadi hati dan buah pinggang, bukan pengganti kepada organ tersebut 😊
.
Satu perkara yang Ummi belajar...
Kadang-kadang sesuatu teknologi nampak terlalu mudah.
Hanya sehelai pakaian.
Hanya sepasang stokin.
Tetapi di sebaliknya mungkin ada puluhan tahun penyelidikan, kajian dan inovasi yang kita tidak nampak.


Kenapa Far Infrared (FIR) semakin mendapat perhatian dalam dunia wellness?
Ramai yang baru mengenali Far Infrared (FIR), tetapi sebenarnya teknologi ini telah lama dikaji dalam pelbagai bidang berkaitan kesihatan dan kesejahteraan. Apa yang menjadikan FIR menarik adalah potensinya untuk menyokong fungsi semula jadi tubuh, bukan menggantikannya.
Antara manfaat FIR yang sering dibincangkan dalam kajian adalah:
🩸 Menyokong peredaran darah yang sihat
FIR dikaitkan dengan peningkatan mikroperedaran darah, sekali gus membantu penghantaran oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh dengan lebih efisien.
🧘 Memberi rasa relaks dan selesa
Haba lembut daripada FIR membantu badan berasa lebih tenang, menjadikannya sesuai digunakan selepas seharian bekerja atau melakukan aktiviti fizikal.
😴 Menyokong tidur yang lebih berkualiti
Apabila tubuh berada dalam keadaan lebih relaks, ramai individu melaporkan tidur yang lebih lena dan bangun dengan rasa lebih segar.
💪 Membantu mengurangkan rasa letih sementara
Beberapa kajian menunjukkan FIR berpotensi menyokong proses pemulihan badan selepas aktiviti harian atau senaman, sekali gus membantu mengurangkan rasa keletihan.
🏃 Menyokong proses recovery otot
FIR turut dikaji kerana potensinya dalam membantu keselesaan otot dan mempercepatkan proses pemulihan selepas aktiviti fizikal.
⚖️ Membantu mengekalkan keseimbangan fisiologi (homeostasis)
Apabila badan berada dalam persekitaran yang lebih selesa, ia lebih berupaya menjalankan fungsi semula jadinya dengan lebih optimum.
🛡️ Menyokong sistem pertahanan semula jadi badan
Terdapat kajian yang melihat hubungan FIR dengan perubahan pada beberapa penanda fisiologi yang berkait rapat dengan fungsi imun tubuh.
✨ Hakikatnya, badan kita sememangnya dicipta untuk memperbaiki, memulihkan dan menyesuaikan diri.
Namun dalam rutin kehidupan yang sibuk, tekanan, kurang rehat dan gaya hidup yang tidak seimbang boleh menyebabkan proses ini menjadi kurang optimum.
Di sinilah teknologi seperti Far Infrared (FIR) dilihat berpotensi memberi sokongan — dengan membantu mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif agar tubuh dapat menjalankan proses pemulihan semula jadinya dengan lebih baik.
🤍 Far Infrared bukanlah “ubat ajaib”.
Sebaliknya, ia merupakan satu teknologi wellness yang terus dikaji kerana potensinya dalam menyokong kesejahteraan tubuh secara menyeluruh. Apabila digabungkan dengan pemakanan seimbang, tidur yang mencukupi, senaman dan gaya hidup sihat, FIR boleh menjadi salah satu ikhtiar untuk menjaga kesihatan dalam jangka panjang.
Maklumat ini bertujuan untuk pendidikan dan perkongsian umum sahaja. Ia bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, mencegah atau menyembuhkan sebarang penyakit. Kesan penggunaan mungkin berbeza bagi setiap individu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Influenza

kanser hati

Otot Betis Dipanggil “Jantung Kedua” Manusia,