110 orang disahkan kanser setiap hari

 

Kanser tak membunuh dgn cepat tapi ia blh merampas nikmat hidup secara perlahan2.Hidup semakin menakutkan,setiap detik yg berlalu seolah2 sedang berjalan kearah kematian.Moga Allah berikan kekuatan kpd pesakit kanser Amin.

Menarik pendedahan oleh Institut Kanser Negara ni. Saya bagi rumusan di bawah:
Statistik Kanser di Malaysia (2024–2026 laporan IKN)
Purata kes baharu kanser sehari: 110 kes/hari
❇️Kes baharu kanser lelaki: 18,240 kes
❇️Kes baharu kanser wanita: 21,958 kes
❇️Jumlah keseluruhan kes baharu: 40,198 kes
❇️Purata kes setahun: ± 40,000+ kes
❇️Jumlah kematian akibat kanser: 19,180 kematian
❇️Kedudukan kanser sebagai punca kematian: Ketiga tertinggi di Malaysia
Kanser paling banyak dilaporkan mengikut jantina:
Lelaki
1. Kanser kolorektal (usus besar & rektum)
2. Kanser paru-paru
3. Kanser prostat
Wanita
1. Kanser payudara
2. Kanser kolorektal
3. Kanser rahim
Kanser utama menyumbang kepada kematian:
* Kanser paru-paru
* Kanser kolorektal
* Kanser payudara
Kadar kelangsungan hidup (5 tahun selepas diagnosis):
Wanita: 55%
Lelaki: 41%
Kanser payudara Tahap 1–2 (dikesan awal): Sehingga 98%
Ini sangatlah menakutkan. Lebih kurang separuh berakhir dengan kematian 🥺 EARLY DETECTION SANGAT PENTING!
Faktor risiko utama yang dinyatakan:
✅ Peningkatan usia
✅ Merokok
✅ Pemakanan tidak sihat
✅ Pengambilan makanan tinggi lemak, gula dan diproses berlebihan
Vaksin tidak dinyatakan sebagai salah satu faktor. Apa pendapat anda? 🫣
Kesimpulan ringkas:
Data menunjukkan kira-kira 4–5 rakyat Malaysia didiagnosis kanser setiap jam, dan hampir separuh daripada jumlah kes baharu berakhir dengan kematian (19,180 berbanding 40,198 kes baharu). Namun, pengesanan awal memberi kesan besar terhadap peluang hidup, terutama bagi kanser payudara yang boleh mencapai 98% kadar kelangsungan hidup apabila dikesan pada peringkat awal.
___________________________________
Kanser adalah “life-changing disease”. Hidup akan berubah secara total. Kerjaya boleh musnah. Kewangan boleh hancur. Keluarga boleh huru-hara. Rumah tangga boleh runtuh. Segala impian boleh lenyap.
Time is essence. Rawatan kena cepat. Anda perlukan segala sumber. Tak boleh tunggu. Tak boleh tangguh. Dan ini memerlukan duit yang sangat banyak. Tak mampu nak tunggu appointment 6 bulan. Tak mampu nak tunggu duit derma.
Sekiranya didiagnos kanser, bayangkan anda ada dana perubatan RM1 juta, dan ada extra cash lagi dalam akaun RM1 juta. At least 50% bebanan mental anda dapat dikurangkan. Siapa yang dapat bagi duit sebanyak itu on the spot? Hanya takaful.
Lutfi Lukman.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makan dan kanser

7 TABIAT YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH BUAH PINGGANG

Nasihat Kesihatan