SAKIT TAPAK KAKI BUKAN SATU CERITA YANG SAMA

 


SAKIT TAPAK KAKI BUKAN SATU CERITA YANG SAMA.

Ada Orang Bangun Pagi, baru pijak lantai sudah terasa Mencucuk di Tumit.
Ada yang Berdiri Lama Sikit, Lengkung tapak mula Lenguh dan Tegang.
Ada pula yang rasa pedih di bahagian depan tapak Kaki, macam terpijak batu kecil setiap kali Berjalan.
Sesetengah Orang tiba-tiba sakit di Sendi Ibu Jari Kaki, merah, panas dan Bengkak.
Dan ada juga yang mengadu seluruh Tapak Kaki terasa Panas Terbakar, Kebas atau Semut-Semut.
Nampak macam sama-sama “Sakit Tapak Kaki”.
Tetapi sebenarnya, setiap Lokasi ada cerita.
Dan setiap cerita boleh membawa Punca yang Berbeza.
Tumit bawah yang Sakit Mencucuk, terutama masa Langkah Pertama waktu Pagi, boleh berkait dengan Plantar Fasciitis.
Lengkung tapak yang Lenguh dan Tegang selepas Berdiri Lama pula sering berkait dengan Overuse atau Kasut yang Tidak Sesuai.
Tapak Hadapan, iaitu bawah Pangkal Jari, yang pedih dan rasa macam pijak batu boleh menunjukkan Metatarsalgia.
Sendi Ibu jari yang Merah, Panas, Bengkak dan Sakit secara tiba-tiba pula sering membuatkan kita terfikir tentang Gout.
Jika seluruh Tapak Kaki atau kedua-dua Kaki terasa Panas Terbakar, Kebas dan Semut-Semut, ini mungkin petanda masalah Saraf Kaki atau Neuropati Periferi.
.
Sebab itu, bila tapak Kaki Sakit, jangan terus anggap semua sama.
Lokasi Sakit itu Penting.
Karakter Sakit itu Penting.
Cerita di sebalik Sakit itu juga Penting.
Jika Sakit Berlarutan, Semakin Teruk, Bengkak, Kebas, atau mengganggu berjalan, dapatkan pemeriksaan Doktor.

Kredit:- Public Health Malaysia


Tak perlu tunggu kaki sakit baru nak jaga kaki.
Kalau pakai stokin setiap hari, why not pilih yang lebih selesa untuk kegunaan harian?
Bila kaki rasa lebih selesa, mood pun lain. 🫶🏻🧦
Kalau anda, keluarga atau kenalan yang sedang mencari ikhtiar jangan segan untuk contact saya ye
Roslan Ramli - 0133959667

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makan dan kanser

7 TABIAT YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH BUAH PINGGANG

Nasihat Kesihatan