TIBI BOLEH SEMBUH

 


🫁 Batuk lama tak sembuh? Jangan ambil ringan.
🫁 TIBI BOLEH SEMBUH
Tuberkulosis (Tibi) ialah penyakit berjangkit yang boleh dirawat dan disembuhkan dengan pengambilan ubat yang betul dan konsisten.
Pesakit Tibi perlu:
✔️ Mengambil ubat setiap hari mengikut arahan doktor
✔️ Hadir ke temujanji susulan di klinik
✔️ Menghabiskan rawatan yang ditetapkan
Tempoh rawatan biasanya sekurang-kurangnya 6 bulan.
Jangan hentikan ubat tanpa nasihat doktor walaupun sudah berasa sihat.
Sekiranya mengalami kesan sampingan seperti mata kabur, kulit atau mata menjadi kuning, loya atau muntah teruk, atau ruam, sila dapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan dengan segera.
💊 Lengkapkan rawatan. Lindungi diri dan orang sekeliling.
Dapatkan maklumat lanjut di Klinik Kesihatan berhampiran anda.

# sumber dari pejabat kesihatan Daerah Pasir Mas

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Makan dan kanser

7 TABIAT YANG MENYUMBANG KEPADA MASALAH BUAH PINGGANG

Nasihat Kesihatan